Dr Nur Amalina Che Bakri yang kini merupakan pelatih pakar bedah di Kolej Imperial London dalam satu kiriman di laman Twitternya pada 22 April lalu menyatakan bahawa beliau akan menganggotai pasukan pengujian vaksin COVID-19 yang pertama di United Kingdom.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

dramalinabakri/Instagram

“Ujian vaksin UK pertama sudah bermula di NIHR Imperial Clinical Research Facility @imperialcollege yang diketuai Dr Katrina Pollock.

“Saya akan terbabit dalam merekrut sukarelawan yang sihat dan memberi mereka vaksin dalam beberapa minggu akan datang ini,” tulisnya.

Penyelidikan ini adalah kerjasama antara Kolej Imperial London dan juga Universiti Oxford dan dana sebanyak 22.5 juta euro yang diumumkan oleh Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock akan digunakan untuk mempercepatkan kajian vaksin COVID-19.

Dr. Amalina/Twitter

Dr Amalina turut menjelaskan bahawa pengujian itu akan membabitkan satu daripada dua vaksin dan penyelidikan itu diketuai oleh Profesor Sarah Gilbert (Universiti Oxford) dan Dr Katrina Pollock (Kolej Imperial London).  

Menurut Dr Amalina yang dihubungi oleh Harian Metro, penyelidikan vaksin COVID-19 tersebut akan dilakukan sebanyak dua fasa. Bagi fasa pertama, kajian keberkesanan vaksin akan melibatkan sukarelawan yang sihat yang berusia antara 18 hingga 55 tahun. 

“Peserta ini akan direkrut secara rawak sama ada untuk menerima vaksin atau plasebo. Kemudian akan ada tindakan susulan selama enam bulan terhadap mereka.

“Ini termasuk mengambil sampel darah untuk memahami tindak balas imun atau sistem ketahanan badan mereka sama ada vaksin itu berkesan atau tidak,” katanya.

Tambah Dr Amalina, beliau turut terlibat dalam proses merekrut, membuat pemeriksaan ke atas peserta dan memberikan vaksin kepada para peserta.

Kemudian, sekiranya fasa satu bagi kajian ini berjaya, maka kajian akan diteruskan ke fasa yang seterusnya, tambah Dr Amalina.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular