Siapa yang tidak kenal akan sosok angkasawan negara yang sebelum ini pernah mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia? Ya, tidak lain dan tidak bukan beliau yang dimaksudkan adalah Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

Baru-baru ini, beliau mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik foto dirinya yang menaiki motosikal lengkap dengan beg makanan yang digalas dibelakangnya. Gayanya tidak ubah seperti penghantar makanan.

Malaysia Book of Records

Menerusi kenyataannya di laman Instagram, beliau mendedahkan hakikat bahawa beliau sememangnya sudah mula menghantar makanan daripada restoran tempatan sejak seminggu yang lalu.

“Tidak ramai yang tahu bahawa saya merupakan pemilik bersama Restoran Rebung dengan Cef Ismail pada tahun 2003 yang lalu dan ianya terus berkembang sejak daripada situ”, tulisnya pada foto berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Dr Sheikh Muszaphar/Instagram

“Saya masih ingat pergi ke Pasar Borong Selayang jam 4 pagi bagi membeli makanan laut segar setiap pagi pada 6 bulan pertama pembukaan restoran kami. Saya ingat menghantar lemang, rendang dan dodol di pagi Hari Raya sejak 2 tahun lalu”.

“Alhamdulillah selepas 17 tahun, Rebung masih lagi berdiri teguh dengan 80 orang staf dan telah menerima banyak anugerah – Makanan Melayu Terbaik untuk 5 tahun berturut-turut. Kami berpindah dari Bangsar Park ke Taman Botani pada tahun 2018”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Dr Sheikh Muszaphar/Instagram

Perubahan lokasi restoran itu menurut beliau adalah disebabkan oleh faktor ruang yang berupaya menerima pelanggan sehingga 500 orang dalam satu-satu masa selain ruang tempat letak kenderaan 5 tingkat yang lebih luas.

Oleh kerana restoran miliknya itu telah dibuka semula maka beliau mengambil keputusan untuk menjadi penghantar makanan sendiri secara terus kepada para pelanggannya.

“Kami mulakan semula operasi minggu lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan saya sendiri mahu melakukan penghantaran makanan kepada pelanggan. Ia adalah yang terbaik”, jelasnya.

Sehingga kini, foto yang dimuat naik beliau telah menerima lebih 70,000 ‘likes’. Ternyata Dr Sheikh Muszaphar sangat merendah diri walaupun dirinya sudah berjaya, bukan? Beliau sememangnya idola dan ikon anak muda yang wajar dicontohi!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular