Tauhu telur ataupun tauhu Jepun sememangnya banyak khasiatnya. Maka tidak hairanlah ia kerap dijadikan masakan untuk anak kecil dan bayi. Namun ramai juga orang dewasa yang sukakannya.

Walaupun lembik namun tauhu telur sangat berkhasiat memandangkan ia kaya dengan sumber protein dan kalsium. Tidak tahu mahu masak apa dengan tauhu anda di rumah? Jom cuba resipi tauhu ayam ini.

Resipi ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Nick Ryzal dan menurut pemuda berwajah tampan tersebut, resipinya ini sangat mudah untuk dibuat dan rasanya pasti terangkat!

Bahan yang diperlukan :

  • Ayam (bahagian dada)
  • Tauhu telur
  • Tauhu biasa
  • Telur
  • Bawang besar
  • Pati ayam
  • Garam
  • Lada hitam
  • Serbuk perasa
  • Daun sup

Nick Ryzal/Facebook

Caranya :

1. Kisarkan ayam, tauhu telur, tauhu biasa dan telur

Nick Ryzal/Facebook

2. Masukkan daun sup, pati ayam, garam, lada putih, serbuk perasa. Boleh juga tambahkan sayuran seperti lobak merah dan sebagainya ikut citarasa

Nick Ryzal/Facebook

3. Kemudian kukuskan adunan mengikut acuan yang diinginkan

Nick Ryzal/Facebook

4. Goreng dengan telur dan siap untuk dihidangkan!

Nick Ryzal/Facebook

Memang mudah dan ianya pasti disukai anak-anak memandangkan terdapat isi ayam didalamnya. Bolehlah dijadikan juadah berbuka puasa kelak. Yang penting, mudah disediakan dan rasanya yang lazat!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular