Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ramai individu tidak dapat menemui insan tersayang. Ada yang terpaksa bekerja, berjauhan dengan keluarga tersayang kerana tidak boleh untuk pulang ke kampung dan sebagainya.

Bagaimanapun, ianya tidak menjadi halangan untuk wanita ini menyampaikan rasa cintanya dengan meminta pekerja penghantaran makanan menyampaikan salam sayang kepada teman lelakinya.

Pada 20 April lalu, seorang pengguna Twitter yang bekerja dalam bidang perkhidmatan penghantaran makanan Deliveroo telah menerima satu tempahan dan permintaan istimewa daripada seorang pelanggan.

Pekerja yang dikenali sebagai @Naz_Lucenzo ini telah diminta untuk menghantar satu pesanan makanan oleh seorang pelanggan bernama Jayce.  Kebiasaannya, pekerja penghantaran makanan hanya perlu mengambil makanan di restoran dan menghantar makanan tersebut ke alamat yang telah ditetapkan.

Tetapi, berlainan pula dengan Jayce yang meminta @Naz_Lucenzo untuk memberitahu teman lelakinya bahawa dia amat mencintai lelaki itu.

@Naz_Lucenzo/Twitter

“Tolong bungkuskan makanan untuk Ivan dan beritahu dia saya cintakan dia hehe”.

Melucukan, @Naz_Lucenzo telah menunaikan permintaan Jayce dan turut merekodkan videonya yang sehingga kini meraih 19,400 ulang kicau di Twitter.

@Naz_Lucenzo telah mengucapkan “I love you hehe” kepada Ivan dan bertanya sama ada lelaki itu ingin mengatakan sesuatu sebagai balasan. Melucukan, Ivan yang ketika itu sedang memakai topeng penutup mulut sempat membalas ucapan itu dengan mengatakan, “I love you too”. Jelas kedengaran intonasi Ivan yang tersipu malu dan kekok ketika mengucapkan ucapan cinta itu kepada seorang pekerja penghantaran makanan.

@Naz_Lucenzo/Twitter

Video ini menular dan menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya memuji sikap @Naz_Lucenzo yang amanah dalam menyampaikan permintaan pelanggannya.

“Saya tidak boleh berhenti ketawa”.

“Kalau saya, saya akan bagi awak tip yang banyak”.

“Comelnya hehe itu”.

@Naz_Lucenzo/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular