Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dua minggu lagi bermula 29 April hingga 12 Mei bagi mengawal penularan sekali gus memutuskan rantaian wabak Virus Parti Komunis China (Covid-19).

Pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di seluruh negara, pada jam 8 malam tadi.

 

Katanya, lanjutan itu perlu berikutan situasi semasa negara yang masih memerlukan petugas kesihatan bagi membanteras penularan wabak yang kini semakin mencatatkan penurunan kes.

“Kerajaan akan menilai data-data terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menentukan langkah-langkah seterusnya. Saya juga tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini”.

Kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan perlaksanaan PKP sejak 18 Mac lalu dan kini akan memasuki fasa keempat selepas berakhirnya fasa ketiga pada 28 April.

Baru-baru ini, kerajaan ada mengumumkan mengenai inisiatif Gerak Malaysia yang membolehkan rakyat untuk memohon melakukan perjalanan merentasi negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia yang akan dibuka pada 25 April ini. Inisiatif ini adalah bagi membolehkan rakyat yang tersangkut di sesuatu lokasi sebelum PKP dan ingin pulang ke kediaman masing-masing.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular