Dua orang doktor yang sebelum ini dilaporkan parah kerana menderita radang paru-paru ekoran Virus Parti Komunis China (COVID-19), akhirnya dapat diselamatkan menerusi penggunaan pengoksigenan membran ekstrakorporeum (ECMO).

Namun ianya menyebabkan badan mereka kusam manakala wajah bertukar menjadi gelap kehitaman. Menurut pakar, keadaan ini disebabkan oleh gangguan pada fungsi hati namun kerosakan hati menyebabkan wajah menjadi gelap jarang sekali berlaku.

Epoch Times

Menurut laporan media, dua orang doktor tersebut, Hu Weifeng dan Yi Fan, yang menerima rawatan di Hospital Pusat Bandar Wuhan di Hubei, selamat daripada serangan Virus PKC (COVID-19). Tetapi oleh kerana fungsi hati yang terganggu, wajah mereka berubah secara drastik serta warna kulit pula berubah menjadi gelap.  

Artikel itu memetik jurnal perubatan antarabangsa “Lancet” yang telah menerbitkan satu artikel perbincangan mengenai kerosakan hati yang disebabkan oleh Virus PKC (COVID-19), tanpa mengira keadaan pesakit sama ada serius ataupun tidak.

Seorang doktor daripada Jabatan Kecemasan Pediatrik di Linkou Changgeng, Wu Changteng pula mengatakan bahawa virus tersebut tidak hanya menyerang paru-paru malah ia juga mempengaruhi hati, jantung, otak, ginjal, saluran pencernaan dan sistem imun tubuh.

Manakala pakar hepatobiliari dan gastroenterologi, Qian Zhenghong dari Hospital Keelung Chang Gung mengatakan bahawa sama ada SARS atau MERS, virus ini akan menyebabkan kerosakan fungsi hati, di mana 14%-53% pesakit baru dengan keadaan pneumonia koronari yang teruk akan mengalami fungsi hati yang tidak normal.

Berikut 4 sebab Virus PKC (COVID-19) mungkin menyebabkan kerosakan pada hati :

#1 Virus tersebut bergantung pada protein S untuk mengikat reseptor ACE2 di permukaan sel manusia. Sel epitelium hati dan hempedu juga mempunyai reseptor ACE2. Oleh itu, virus itu boleh menjangkiti hati secara langsung, mereplikasi dan membiak seterusnya memusnahkan sel-sel hati.

#2 Apabila penyakit ini berkembang menjadi sindrom gangguan pernafasan akut (ARDS), ia bakal mengundang kegagalan banyak organ dan sel hati, di mana ia akan menyebabkan nekrosis iskemia kerana peredaran darah yang tidak lancar.

#3 Apabila tubuh menghasilkan tindak balas imun sistemik untuk menangani virus, hati juga akan bergabung dengan barisan anti-virus untuk melakukan tugas membuang toksin. Pada masa ini, beban kerja hati meningkat dan ia menimbulkan reaksi keradangan.

#4 Ubat yang merawat virus ini seperti Remdesivir dan tocilizumab mungkin bersifat hepatotoksik dan menyebabkan kerosakan hati. Menurut laporan, sebilangan kecil pesakit yang mengambil ubat chloroquine, hydroxychloroquine dan azithromycin akan mempunyai fungsi hati yang tidak normal.

Menurut media Song Jianxin Lu yang memetik kenyataan daripada pengarah Hospital Tongji, kualiti zat besi yang bertanggungjawab untuk menjaga metabolisme hati akan disimpan dan apabila hati yang rosak tidak dapat menjaga metabolisme dengan betul maka zat besi akan mengalir ke saluran darah.

Kandungan zat besi tersebut pada darah akan meningkat dan ianya bakal menjadikan kulit pada muka pesakit kelihatan lebih gelap daripada biasa. Wu Changteng turut beranggapan bahawa kenyataan ini agak relevan.

Ini kerana, pesakit yang mempunyai keadaan hati yang rosak dalam tempoh yang lama lazimnya mempunyai pigmentasi pada kulit yang kusam. Pesakit dengan fungsi hati yang teruk juga mungkin mengalami kulit mengelupas dan pecah-pecah.

Dia menunjukkan bahawa kerosakan hati terbahagi kepada tiga tahap: indeks hati yang melambung, fungsi sintesis hati yang terganggu, dan akhirnya detoksifikasi hati dan fungsi metabolik.

Kecederaan hati yang disebabkan oleh sindrom gangguan pernafasan akut hanya dapat mencapai tahap kedua – fungsi pembekuan hati terganggu. Apabila merosot ke tahap ketiga, ia akan mempengaruhi perkumuhan bilirubin dan metabolisme zat besi.

Penyakit hati yang normal menyebabkan kulit menjadi hati tidak dapat memetabolismekan bilirubin secara normal. “Kegagalan organ yang disebabkan oleh pneumonia Wuhan memberi kesan yang lebih serius pada hati. Ia tidak seperti penyakit kuning yang biasa kita lihat. Mungkin ada kulit gelap dan wajah hitam”, kata Wu Changteng.

Qian Zhenghong mengatakan bahawa hepatitis akut dan kronik menyebabkan timbunan zat besi di hati. Apabila tubuh menghadapi jangkitan sistemik, peraturan ion besi akan berubah. Ion besi yang terlalu banyak boleh menyebabkan pigmentasi wajah dan kulit gelap.

Tetapi wajah menjadi hitam disebabkan oleh hepatitis dan gangguan fungsi hati tidak pernah dialaminya. Dia berpendapat bahawa kebanyakan mereka mempunyai masalah perubatan yang lain – mungkin sering terdedah kepada sirosis memandangkan kegagalan hati jarang menyebabkan simpanan zat besi yang membuatkan wajah menjadi gelap.

Melainkan keadaan itu disebabkan oleh kelainan genetic kongenital – penyakit hati yang menyebabkan metabolisme zat besi yang tidak normal. “Doktor ini sebenarnya dapat mengesan peningkatan ion besi dan fungsi hati yang tidak normal. Oleh itu, di membuat tekaan ini”, kata Zhenghong.

Terdapat sebab lain yang boleh menyebabkan warna kulit gelap dan kusam. Antaranya :

  • Penyakit hati kongenital dengan metabolisme zat besi yang tidak normal
  • Transfusi darah yang kerap menyebabkan pemendapan ion zat besi, seperti pesakit anemia dan pesakit dialisis buah pinggang.
  • Menderita hepatitis C atau hati berlemak menyebabkan pemendapan ion zat besi berlebihan di hati yang mengakibatkan kulit pesakit menjadi kusam
  • Menghidap penyakit hati yang teruk atau penyakit kuning obstruktif – penyakit kuning yang lebih teruk
  • Disebabkan oleh ubat-ubatan seperti pengambilan hydroxychloroquine – menyebabkan pemendakan berlebihan pada kulit dan selaput lendir.

Zhenghong menunjukkan bahawa pesakit dengan penyakit kuning yang teruk – dengan jumlah bilirubin lebih besar daripada 20-30 mg / dl, warna kulit wajah akan kelihatan kuning gelap dan hampir hitam.

Tetapi jika dibandingkan dengan penyakit kuning yang teruk, dia percaya bahawa kedua doktor yang dijangkiti virus berkenaan mempunyai warna kulit yang lebih gelap.

Ketika SARS melanda Taiwan, tidak ada seorang pun doktor yang pernah mendengar kes yang sebegitu. Wu Changteng berkata, “Saya tidak pasti apakah saya belum melihat data, tetapi mungkin juga aliran maklumat sekarang lebih berkembang daripada 17 tahun yang lalu dan banyak foto telah tersebar”.

Adakah kedua-dua doktor yang dijangkiti di China ini berpeluang untuk kembali pulih? Song Jianxin memberitahu Lu Media bahawa selain daripada kerosakan yang tidak dapat dipulihkan, tubuh dan organ yang rosak perlahan-lahan akan pulih. Hati dapat diperbaiki dan diharapkan kembali normal dengan rawatan.

Qian Zhenghong mengatakan bahawa pesakit ringan dapat memetabolisme zat besi dengan mengambil agen khelat. Wu Changteng menambah bahawa jangka masa untuk memperbaiki fungsi hati tidak semestinya sama. Selain sesuai dengan ubat-ubatan, ia juga bergantung pada standard perubatan tempatan.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular