Ketika musim Ramadan yang mulia, apa kata anda cuba buat sendiri laksa utara untuk juadah berbuka puasa. Perkongsian Puan Ameera di Facebook membolehkan anda hasilkan sendiri laksa utara menyelerakan yang dimudah cara sambil menjimat masa dengan hanya perlu ikut langkah demi langkah yang disediakan.

Paling menarik dan terpenting adalah cara membuat kuahnya tidak perlu memakan masa berjam-jam seperti yang biasa kita buat kerana isi dan tulang ikan tidak perlu diasingkan. Dalam masa penyediaan 25 minit semua boleh siap.

Ikuti langkah-langkah resipi Laksa Utara hasil perkongsian Puan Ameera di bawah :

1. Guna ikan kembung lemak. Rebus ikan dan selepas selesai buang air rebusan ikan.

2. Kisar semua dalam blender. Tidak perlu takut kerana nanti akan tapis, dan boleh pakai air biasa sahaja.

3. Guna blender dan kisar macam biasa.

4. Gunakan penapis untuk tapis tulang ikan. Semua tulang selamat ditapis di dalam penapis, jadi tidak akan masuk ke dalam kuah laksa yang sudah ada dalam periuk.

5. Kuah hanya dengan isi ikan yang pekat dan cantik kejadiannya. Dan kemudian tambah sedikit air.

6. Kisar pula bahan-bahan ini:

  • Cili kering 10 bijii
  • Cili masak 2 biji
  • Cili padi 10 biji
  • Belacan saiz ikut macam dalam gambar atau boleh juga ikut suka.
  • Bawang besar 4 labu.

Tambahkan sedikit air dan kisar.

7. Tuang semua bahan dikisar ke dalam periuk. Jangan letak minyak dan masak pes sambal selama 10 minit. Senang sahaja.

8. Ambil segenggam asam keping dan masukkan bersama pes sambal. Masak sampai kembang dan masam.

9. Masak sampai menggelegak dan naik wangi bau sambal dan asam keping itu.

Ameera/Facebook

10.Sudah siap masak sambal, tuang isi ikan kembung yang sudah dikisar tadi ke dalam periuk.

11. Masukkan bahan penting daun kesum dan bunga kantan, lagi banyak lagi harum dan sedap.

12. Masak sampai kuah menggelegak cantik dan berbau harum bunga kantan. Dalam masa 25 minit, siap dan tidak akan berbau hanyir. Jangan lupa perasakan dengan sedikit garam mengikut suka.

Ameera/Facebook

13. Rebus laksa kering atau paling sedap gunakan laksa basah yang segar.

14. Hiasan macam biasa, timun,bawang besar, cili merah atau cili padi yang dihiris juga telur rebus, dan akhir sekali paling penting, tuang kuah laksa pekat anda tadi dengan sedikit perahan limau kasturi.

Laksa Utara menyelerakan sudah siap tersedia untuk dinikmati seisi keluarga. Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular