Zaman ini, media sosial menjadi satu platform yang penting untuk mendapatkan hiburan. Selain Facebook, Instagram dan Twitter, TikTok merupakan salah satu aplikasi yang kini semakin mendapat sambutan khususnya golonga remaja dan belia. Malah, terdapat banyak video menarik yang menjadi tular di internet gara-gara kandungan dan kreativiti pengguna dalam menghasilkan video yang menghiburkan.

Misalnya, baru-baru ini seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @julianadamh telah menghiburkan rata-rata netizen dengan memuat naik video bersama neneknya sedang melakukan cabaran #SwitchChallenge. Video yang dimuat naik pada 12 April lalu itu memaparkan Julian bersama neneknya sedang menari bersama di hadapan cermin.

Video ini tidak hanya mendapat sambutan hangat kerana tarian comel di antara cucu dan nenek tetapi disebabkan oleh sikap nenek itu yang ‘sporting’ melayan karenah cucunya, video ini menerima lebih 55,000 ulang kicau.

Video ini bermula dengan kedua-duanya bergerak ke kiri dan ke kanan sambil mengenakan pakaian yang berlainan. Beberapa detik kemudian, skrin menjadi gelap dan memaparkan si nenek memakai pakaian cucunya sambil memegang telefon manakala cucunya pula mengenakan pakaian si nenek sambil terus menari.

Kecomelan nenek ini terserlah apabila dia menggayakan fesyen muda-mudi termasuk mengenakan kaca mata gelap daripada cucunya dan terus menari bersama sehingga video tamat. Penularan video ini menerima lambakan pujian khususnya buat si nenek yang berusia 76 tahun ini kerana keterbukaannya dalam melakukan video sedemikian rupa.

“Semoga nenek terus sihat ya”

“Saya tersenyum melihat video ini”

“Nenek ini comel sangat. Boleh diajak bermain TikTok”.

@julianadamh turut berkongsi satu video memperlihatkan neneknya yang mengenakan pakaian generasi muda sambil menari dengan iringan muzik rancak. Video berdurasi 14 saat itu menerima lebih daripada 58,000 tontonan sejak ianya dimuat naik pada 13 April lalu.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular