Bulan puasa bakal tiba, sudah pasti pelbagai persediaan perlu dilakukan oleh seluruh umat Islam sebelum menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

Justeru, ramai yang mula membuat tempahan dan pembelian persiapan raya secara atas talian. Ada yang membeli baju raya untuk seisi keluarga, langsir raya dan sebagainya.

Ainor Gold/Facebook

Kuih raya merupakan salah satu perkara yang wajib ada ketika menyambut Hari Raya. Segelintir individu lebih gemar untuk membeli sahaja tetapi apa salahnya kita menggunakan waktu lapang yang ada ketika PKP ini dengan membuat sendiri kuih raya di rumah?

Mari kita mulakan dengan resipi Cornflakes Madu hasil perkongsian Ainor Gold yang mudah, cepat dan dijamin rangup ini!

Ainor Gold/Facebook

Bahan-bahan:

  • 350g cornflakes
  • 1/4 cawan madu
  • 1/2 cawan gula perang
  • 250g mentega

Cara-cara:

Pertama sekali, anda perlu cairkan mentega di dalam kuali dengan api yang kecil.

Kemudian, masukkan gula perang ke dalam kuali dan masak sehingga cair.

Seterusnya, masukkan madu dan biarkan sehingga mendidih.

Ainor Gold/Facebook

Tutupkan api dan masukkan cornflakes ke dalam kuali.

Gaul rata sehingga cornflakes disaluti dengan sebati.

Setelah itu, masukkan cornflakes yang telah disalut madu tadi ke dalam acuan kertas.

Susun cornflakes di atas loyang dan bakar pada suhu 160ºC hingga 170ºC selama lima ke 10 minit.

Ainor Gold/Facebook

Anda juga boleh hiaskan cornflakes madu anda dengan taburan gula manik berwarna-warni di atasnya.

Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular