Ketika PKP ini, cuaca memang panas. Walaupun pada waktu malam, bahangnya turut terasa dan membuatkan kita tidak dapat tidur dengan lena.

Selain meminum air sejuk, makan aiskrim juga merupakan salah satu cara untuk melegakan tekak ketika waktu panas melanda. Tetapi seperti yang kita tahu, terdapat lambakan jenis aiskrim yang ada di pasaran. Ada yang berperisa coklat, susu, buah-buahan tropika dan sebagainya.

Namun, harga aiskrim ini tidaklah begitu murah dan kita juga sukar untuk mendapatkan stok aiskrim memandangkan kerajaan telah mengenakan kawalan perjalanan terhadap seluruh rakyat Malaysia.

Ameera/Facebook

Jadi, apa kata kita cuba untuk menghasilkan sendiri resipi aiskrim dari Puan Ameera di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah tetapi rasanya hampir sama seperti rasa aiskrim Baskin Robbin yang mahal itu!

Bahan-bahan:

Ameera/Facebook

  • 2 kotak kecil krim putar
  • 4 sudu besar Milo
  • 1/2 tin susu pekat manis

Cara-cara:

Masukkan kesemua bahan di dalam mesin pengisar dan kisar sehingga adunan aiskrim sebati.

Ameera/Facebook

Tuang di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk.

Ameera/Facebook

Bekukan selama sekurang-kurangnya empat jam sebelum dimakan.

Ameera/Facebook

Bukan sahaja menggunakan bahan yang ringkas tetapi cara pembuatannya juga semudah ABC!

Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular