SINGAPURA – Berikutan dengan perlanjutan Circuit Breaker hingga bulan Jun di republik tersebut, pihak kerajaan telah mengenakan peraturan yang lebih ketat dan tegas bagi memastikan aspek penjarakan sosial dijaga bagi memutuskan jangkitan COVID-19.

Menurut Straits Times, kedai yang hanya menjual minuman, bungkusan snek, pencuci mulut dan ais krim tidak dibenarkan beroperasi bermula 22 April, termasuklah kedai menjual minuman boba yang menjadi minuman kegemaran penduduk di sana.

South China Morning Post

Sejurus keputusan kerajaan untuk menutup operasi kedai minuman boba, para peminat minuman tersebut dilihat berpusu-pusu dan berbaris di kedai-kedai minuman boba untuk mendapatkannya pada malam 21 April lalu.

Facebook

Beberapa foto tular di laman media sosial menunjukkan barisan orang ramai yang ingin mendapatkan minuman boba mereka sebelum operasi kedai tersebut dihentikan. Ada juga yang bergaduh ketika berbaris.

Facebook

Namun menurut Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, para peniaga yang beroperasi di pusat-pusat penjaja, kedai kopi dan medan selera dibenarkan untuk meneruskan operasi dan perniagaan mereka.

Singapura merekodkan kes kumulatif jangkitan COVID-19 sebanyak 9,125 setakat 21 April sekaligus menjadikan republik berkenaan merupakan negara yang mempunyai kes jangkitan COVID-19 tertinggi di Asia Tenggara.

Ia difahamkan berikutan dengan lonjakan kes jangkitan COVID-19 melibatkan asrama pekerja asing dan pihak berkuasa mengalami masalah untuk mengesan kes jangkitan yang tidak berkaitan selain tidak tahu bagaimana jangkitan itu berlaku.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular