PRAGUE – Gene Deitch iaitu pengarah kepada kartun legenda kegemaran ramai, Tom and Jerry dilaporkan telah meninggal dunia di usia 95 tahun pada Khamis (16 April) yang lalu.

Perkara itu turut disahkan oleh penerbitnya, Petr Himmel yang memberitahu Associated Press bahawa kematian mendiang tersebut merupakan sesuatu yang tidak diduga.

Berdasarkan sumber, Gene meninggal dunia di kediamannya yang terletak di Prague dan sebab kematiannya masih belum mendapat kepastian.

Gene atau nama penuhnya, Eugene Merrill Deitch sepanjang kariernya telah mengarahkan sebanyak 13 episod kartun kesayangan ramai, Tom dan Jerry dan beberapa siri kartun Popeye.

@gettv/Twitter

Sebelum itu,mendiang pernah bekerja sebagai jurudraf untuk North American Aviation sebelum menjadi jurudraf untuk tentera dan mengikuti latihan juruterbang.

Setelah diberhentikan kerana alasan perubatan, Gene kemudiannya menetap di Prague sejak tahun 1959 dan ketika itulah kerjayanya mula bersinar.

Gene juga pernah memegang jawatan sebagai pengarah kreatif Terrytoons yang berada di bawah naungan 20th Century Fox.

Popeye Fandom

Bertitik tolak daripada situ, Gene mencipta watak-watak seperti Sidney the Elephant, Gaston Le Crayon, Clint Clobber dan Terr’ble Thompson.

Pada tahun 1960, mendiang kemudiannya bekerja untuk Rembrandt Films dan menghasilkan sejumlah kartun Popeye serta Tom and Jerry untuk Metro-Goldwyn-Mayer.

Menerusi filem animasi Here’s Nudnik dan How to Avoid Friendship, Gene pernah dicalonkan sebanyak dua kali pada tahun 1964 bagi anugerah Oscar.

Gene meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak lelaki hasil daripada perkahwinan pertamanya, di mana kesemua mereka kini merupakan seorang kartunis.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular