Sehingga 19 April, sebanyak 8 buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan. Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mencatatkan sifar kes kematian Virus Parti Komunis China (COVID-19).

Jumlah yang sama turut direkodkan kelmarin, namun berlaku perubahan pada sebuah negeri iaitu Melaka yang mencatatkan sifar kes positif wabak berkenaan pada 18 April lalu.

Pada 19 April, Melaka merekodkan jumlah kes positif tertinggi iaitu sebanyak 37 kes apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu kluster baharu melibatkan kumpulan pelajar Malaysia yang pulang dari Magetan, Jawa, Indonesia.

Perkara yang sama turut berlaku bagi kawasan Wilayah Persekutuan Putrajaya apabila 9 daripada keseluruhan 43 orang pelajar dari Indonesia yang dikesan positif terbabit, telah dikuarantin di Putrajaya.

Menurut KKM setakat 19 April, terdapat penambahan sebanyak 84 kes baharu dan ia menjadikan jumlah kes kumulatif kes positif Virus PKC (COVID-19) adalah sebanyak 5,389 kes di Malaysia.

Dalam pada itu, setakat jam 12 tengah hari 18 April, terdapat 19 Zon Hijau di Semenanjung manakala 17 Zon Hijau di Sarawak dan 11 lagi Zon Hijau terdapat di Sabah.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula menjadi satu-satunya wilayah di mana keempat-empat zonnya berada dalam Zon Merah.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, Zon HIjau yang tidak merekodkan sebarang kes jangkitan boleh diberi kelonggaran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun keputusan itu harus dibuat secara teliti bagi memastikan ia benar-benar bebas daripada Virus PKC (COVID-19).

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular