Bernama hari ini melaporkan bahawa kes virus Parti Komunis China di Singapura telah mencecah sebanyak 6,588 kes setelah 596 kes baharu dikenalpasti pada 18 April (Sabtu).

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, majoriti daripada kes yang dikesan di Singapura adalah melibatkan pekerja warga asing yang tinggal di asrama pekerja di Singapura sementara 25 kes lagi adalah dari warga Singapura sendiri.

Gambar hiasan/Unsplash

“Kami masih meneliti perincian kes, dan kemas kini lebih lanjut akan dikongsi melalui siaran media Kementerian Kesihatan Singapura yang akan dikeluarkan pada malam ini,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Sehingga kini, Singapura telah mengambil langkah untuk mewartakan sebanyak 12 buah asrama sebagai kawasan pengasingan dengan kebanyakan penduduk asrama yang dijangkiti adalah berasal dari Bangladesh, India, China dan Myanmar.

Para pekerja yang tinggal di kawasan pengasingan ini seterusnya dilarang untuk meninggalkan bilik masing-masing dalam tempoh 14 hari.

Gambar hiasan/Unsplash

Pada 18 April (Sabtu), pihak Kementerian Kesihatan Singapura telah mengejutkan dunia apabila mereka melaporkan bahawa negara itu telah mengesan sebanyak 942 kes terbaharu dalam satu hari.

“Pekerja asing yang sakit telah mendapat rawatan perubatan yang diperlukan. Syukurlah, sebilangan besar dari kes ini adalah kes ringan, kerana mereka masih muda. Pasukan kesihatan kami akan terus memantau keadaan mereka,” ulas Perdana Menteri Singapura seperti yang dilaporkan oleh CNA.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular