Hidangan sup merupakan satu hidangan yang amat menyelerakan dan boleh digemari oleh semua lapisan umur.

Terdapat pelbagai hidangan sup yang sedap seperti sup ayam, sup sayur, sup daging dan sebagainya. Sup enak dimakan ketika masih panas dan ia boleh memberikan kepuasan selera.

Kali ini, kami akan berkongsi resipi untuk menghasilkan sup telur ala Cina. Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Zurina Zulkefli telah menunjukkan betapa mudah dan senangnya untuk menghasilkan resipi sup telur ini. Jom kita lihat bahan-bahannya!

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (dicincang halus)
  • Halia (dicincang halus)
  • Kiub pati ayam
  • Filamen ketam (dihiris nipis)
  • Telur
  • Tepung jagung (dibancuh bersama air)
  • Garam
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • Minyak bijan
  • Daun bawang

Cara membuatnya:

Panaskan air di dalam periuk dan masukkan kiub pati ayam bersama bawang dan juga halia.

Biarkan sehingga air mendidih.

Kemudian, masukkan filamen ketam dan biarkan seketika sehingga masak.

Tuangkan bancuhan air tepung jagung ke dalam masakan sehingga sup menjadi agak likat.
Setelah itu, kacau sup anda mengikut satu arah yang sama dan tuangkan telur yang telah dipukul secara perlahan-lahan bagi mengelakkan telur daripada bergumpal.

Tambahkan garam sebagai perasa bersama cuka dan juga kicap pekat.

Akhir sekali, hidangkan sup telur anda bersama sedikit minyak bijan dan ditaburi dengan daun bawang di atasnya.

Hidangan sup telur ala Cina siap untuk dimakan!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular