Pada 16 April 2020, sejumlah 325 kes positif Virus Komunis China telah disahkan di Wuhan dengan kes terkumpul yang disah dan disemak semula berjumlah 50,333 kes. Jumlah kematian yang disahkan telah meningkat sebanyak 1,290 menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian yang disemak semula kepada 3,869 orang.

Apple Daily melaporkan, Ibu Pejabat Pencegahan dan Pengendalian Wabak Pneunomia Wuhan Hubei secara tiba-tiba telah menyemak semula data jumlah kes positif dan kematian wabak Virus PKC (Covid-19) yang telah disahkan.

Pada mulanya jumlah kes jangkitan positif yang disahkan di bandar asal-usul Virus PKC itu ialah 50,008 kes, tetapi selepas semakan semula ia meningkat kepada 50,333 kes. Jumlah kematian yang disahkan pada asalnya ialah 2,579 kes tetapi selepas semakan semula meningkat kepada 3,869 kes yang menandakan jumlah kematian sebenar adalah 1,290 orang lebih daripada yang direkodkan.

@JonathanFiery/Twitter

Kenyataan rasmi selepas itu menjelaskan bahawa 325 kes tambahan yang disahkan adalah setelah pembetulan diagnosis sebenar dijalankan, ekoran terdapat 542 kes yang dilaporkan agak lambat, tidak dijawab dan tidak diumumkan tepat pada masanya.

Manakala lebihan 217 kes datangnya daripada pesakit yang telah melakukan lawatan keluar daerah selepas menjalani rawatan di hospital tetapi melaporkan kes jangkitan berulang, dan dengan ini menjadikan keseluruhan kes jangkitan wabak itu di Wuhan adalah sebanyak 50,333 kes positif Virus PKC.

Pegawai berkenaan yang bertanggungjawab juga menjelaskan terdapat lebih daripada 1,000 kematian dengan 1,454 kematian berlaku di luar hospital dan kematian itu tidak dilaporkan ke dalam sistem maklumat kawalan penyakit, dengan beberapa fasiliti perubatan sama ada lambat membuat laporan, kematian sudah terlewat serta menolak kes jangkitan berulang. Selepas mengesahkan tambahan 164 kes, jumlah kematian terkumpul akibat Virus PKC di Wuhan adalah 3,869 orang.

Unsplash/Gambar Hiasan

Perbezaan data yang kucar-kacir adalah disebabkan : 

1.Peningkatan mendadak jumlah pesakit pada tahap awal penularan wabak telah menyebabkan kekurangan sumber dan peralatan perubatan serta kapasiti rawatan yang terhad. Sebilangan pesakit yang mempunyai gejala tidak dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia di rumah.

2.Semasa waktu puncak Wuhan dilanda wabak, hospital penuh dengan pesakit dan petugas perubatan sibuk merawat para pesakit. Terdapat kes yang terlepas pandang dengan laporan yang dikemukakan agak terlambat, laporan tidak dijawab dan kes positif palsu.

3.Oleh kerana peningkatan pesat institusi perubatan yang dilantik bagi rujukan pesakit, terdapat pertindihan pemberian maklumat dari hospital daerah, bandar dan wilayah, bahkan hospital swasta, hospital syarikat dan juga kabin persegi hospital, yang menghantar maklumat berulang.

4.Terdapat kematian yang tidak dilapor dan didaftarkan sama sekali, dan terdapat juga kes kematian yang dilapor semula atau disalah lapor.

Dan sebenarnya ini juga bukan data yang sebenar-benarnya diberikan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular