Jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain, cara negara kita mengendalikan kes-kes COVID-19 agak membanggakan dan baik sekali sedangkan banyak negara-negara maju terkesan dengan penularannya.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat 16 April, keseluruhan kes yang dicatatkan adalah sebanyak 5,182 positif COVID-19 dan 2,766 daripadanya telah berjaya sembuh dan discaj daripada hospital.

Ini bermakna, sebanyak 53.4% – lebih daripada separuh jumlah keseluruhan telah pulih dan bebas daripada virus berkenaan.

“Kadar pemulihan negara 53.4% adalah antara yang tertinggi di dunia dengan kadar kematian 1.6% salah satu yang terendah”, tulis akaun rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, @KKMPutrajaya di laman Twitter.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga memberi jaminan bahawa pihak KKM sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga ketika mengeluarkan pesakit daripada wad dan hospital.

Menurutnya, hanya mereka yang benar-benar bebas daripada COVID-19 sahaja yang akan dikeluarkan. Tidak seperti pesakit di United Kingdom dan Itali yang mendiscaj pesakit sebaik sahaja mereka tidak menunjukkan sebarang gejala.

 

Hal ini membuktikan bahawa Malaysia mengamalkan pengendalian yang lebih baik dalam menangani wabak tersebut selain usaha dan kerjasama petugas barisan hadapan yang sentiasa berdedikasi.

Hasilnya, kadar pemulihan negara adalah antara yang tertinggi ke seluruh dunia dengan kadar kematian 1.6% yang merupakan salah satu yang terendah di dunia. Hebat, bukan? Syabas KKM dan petugas barisan hadapan!

Namun semuanya masih belum selesai. Oleh itu, kita perlu bersama-sama berganding bahu untuk terus memerangi virus ini. Sama-sama beri kerjasama dengan duduk di rumah dan jangan sukarkan dan bebankan lagi tanggungjawab petugas barisan hadapan.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular