Berikutan penularan wabak Virus Parti Komunis China (COVID-19) di seluruh dunia, termasuklah Malaysia, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini melaporkan bahawa bekalan pakaian perlindungan diri (PPE) bagi kegunaan para petugas baris hadapan adalah terhad.

Donate A Mask/Facebook

Oleh itu, sekumpulan petugas kesihatan yang merangkumi doktor, jururawat, ahli fisioterapi dan beberapa orang pelajar perubatan dari Seremban telah memulakan satu inisiatif bagi membantu menampung masalah kekurangan kelengkapan perlindungan diri yang dihadapi negara pada waktu ini.

Donate A Mask/Facebook

Inisiatif yang dinamakan sebagai ‘Donate A Mask’ (sumbangan topeng penutup hidung dan mulut) ini secara mudahnya membantu orang ramai untuk memberi sumbangan terus kepada para petugas perubatan tanpa apa-apa keraguan. Selain topeng penutup hidung dan mulut, mereka juga menerima sumbangan pelindung wajah, cecair sanitasi tangan, sarung tangan, kaca mata, gaun, apron, penutup kepala, dan penutup kasut.

Donate A Mask/Facebook

Salah seorang pendorong bagi inisiatif ini adalah Dr Naren Selva yang merupakan seorang doktor kanan yang bertugas di Klinik Kesihatan Lukut di Port Dickson. Menurutnya, proses perolehan topeng penutup hidung dan mulut oleh pihak KKM perlu melalui proses yang agak lama, dan hal ini menyebabkan petugas kesihatan terdedah kepada risiko yang tinggi.

Naren Selva/Facebook

“Jumlah topeng dan PPE yang kita miliki adalah sangat terhad. Namun, daripada mengeluh tentang kekurangan PPE, kami, beberapa kakitangan KKM, telah memulakan inisiatif ini untuk membantu barisan hadapan kita,” kata Dr Naren kepada SAYS.

Inisiatif yang dilancarkan sendiri oleh sekumpulan ‘wira’ ini dilakukan dengan cara petugas kumpulan pergi ke rumah penderma untuk mengumpulkan sendiri sumbangan yang ingin diberikan oleh mana-mana penderma.

Donate A Mask/Facebook

Bagaimanapun, Dr Naren turut menjelaskan bahawa pihaknya tidak akan menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai kerana apa yang mereka perlukan sekarang adalah peralatan yang sedia ada.

Menariknya, kebanyakan daripada pasukan ‘Donate A Mask’ ini sendiri adalah daripada kalangan pekerja kesihatan yang bertugas dari jam 8 pagi sehingga 6 petang sebagai petugas barisan hadapan. Manakala, bagi sukarelawan pula, mereka akan bertugas dalam kumpulan ini selepas waktu bekerja dan pada hujung minggu.

Donate A Mask/Facebook

Tambah Dr Naren, petugas bagi kumpulan ‘Donate A Mask’ masing-masing mempunyai keizinan khas untuk bergerak ke mana-mana demi mengumpulkan derma ini semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Berkurung (PKP).

Sehingga kini, pasukan yang berhati mulia ini telahpun mengedarkan beberapa bantuan keperluan di kawasan zon merah seperti Rumah Sakit Tuanku Ja’afar di Seremban, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Pejabat Kesihatan Daerah Seremban.

Donate A Mask/Facebook

“Sumbangkan sebanyak manapun topeng muka dan pakaian pelindung diri, tiada mana-mana kuantiti yang terlalu sedikit,” jelas pasukan ini di laman rasmi Facebook mereka.

Lawati laman Facebook rasmi mereka di sini untuk keterangan lanjut.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular