PETALING JAYA – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor telah ditahan selepas didakwa merogol dua orang wanita warga Mongolia di sebuah hotel pada 11 April lalu.

Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal dan difahamkan bahawa inspektor tersebut kini telah direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Kedua-dua mangsa telah ditahan ketika operasi sekatan jalan raya (SJR) dan telah dibawa ke sebuah hotel mewah tanpa kerelaan. Hasil risikan, pasukan polis berjaya menyelaatkan kedua-dua mangsa berkenaan.

Hasil soal siasat daripada kedua-dua mangsa yang berusia 20 dan 37 tahun itu pula membawa kepada penahanan seorang pegawai polis yang bertugas di Petaling Jaya.

Kedua-dua mangsa berusia 20 dan 37 tahun dan tidak mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Melayu selain terpaksa menggunakan bantuan daripada sahabat mangsa untuk memberi keterangan.

“Kedua-dua mangsa kini di bawah jagaan pihak polis di bawah unit D11 (Jenayah Seksual) dan dibawa ke pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pemeriksaan kesihatan”, kata Nik Ezanee.

Mereka tidak mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Melayu selain terpaksa menggunakan bantuan daripada sahabat yang juga warga Mongolia untuk memberi keterangan. Difahamkan juga kedua mangsa tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Suspek yang ditahan berusia 30 tahun dan akan direman selama 5 hari untuk disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Khidmat pasukan polis forensic juga digunakan untuk menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Tambah Nik Ezanee, pihaknya akan mendapatkan Perintah Perlindungan Interim daripada mahkamah untuk melindungi kedua-dua wanita terbabit dan kes akan diselesaikan secepat mungkin tanpa sebarang kompromi.

“Kita percaya mangsa terlibat dengan aktiviti berunsur maksiat bagaimanapun kita akan tetap teruskan siasatan kerana kedua-dua wanita warga asing ini adalah mangsa sebelum kita teruskan siasatan lain”, katanya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular