Pandemik Virus Parti Komunis China (PKC) terus menular ke seluruh dunia, termasuk di Republik Serbia. Negara itu menerima ‘bantuan’ peralatan perubatan dan kesihatan termasuk petugas perubatan PKC pada bulan Mac, ketika Presiden Serbia, Aleksandar Vucic sendiri menunggu di lapangan terbang dan dengan teruja mencium bendera lima bintang PKC. 

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Serbia mengumumkan setakat 8 April sebanyak 2,666 kes positif Virus Parti Komunis China (COVID-19) telah dilaporkan dengan 65 kematian. 

Pada hari yang sama, Presiden Aleksandar Vucic juga mengesahkan bahawa anak lelakinya, Danilo Vucic yang berusia 22 tahun telah dimasukkan ke hospital khas setelah positif jangkitan Virus PKC. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aleksandar Vučić (@buducnostsrbijeav) on

Media asing melaporkan Presiden Vucic mengumumkan berita mengenai diagnosis anaknya di Instagram pada 8 April. Menurut Presiden Vucic, anak sulungnya, Danilo Vucic telah disahkan positif dijangkiti Virus PKC dengan mempunyai gejala klinikal dan dihantar ke sebuah hospital khas untuk menjalani rawatan.

Pada 22 Mac, pasukan perubatan dari China seramai enam orang pakar telah selamat mendarat ke Serbia dalam misi bantuan perubatan dan kesihatan menangani pandemik Virus PKC (COVID-19).

Semasa misi bantuan itu tiba, Presiden Vucic yang teruja mencium bendera merah 5 bintang kuning China. Pada 24 Mac, Serbia menukar pusat ibukota Belgrade menjadi kabin persegi menurut nasihat dan cadangan pakar perubatan dari hospital Parti Komunis China, yang pernah  merawat pesakit Virus Parti Komunis China di China dan wabak itu tidak pun pernah dikawal serta dirawat dengan ketat di sana.

Kemudian, Kementerian Kesihatan Serbia mengumumkan pada 8 April, sebanyak 219 kes positif telah dilaporkan dan meningkat dengan mendadak, menjadikan jumlah terkini kes Virus PKC mencapai 2,666 kes, termasuk menjangkiti petugas perubatan barisan hadapan dan anak Presiden sendiri.

4 kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian telah meningkat kepada 65 orang. 

Sebanyak 1,135 pesakit sedang dirawat di hospital dengan 112 pesakit yang kritikal di ICU dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

Dunia luar menyedari bahawa sejak menularnya pandemik global Virus PKC, negara-negara pro-komunis seperti Iran dan Itali telah menjadi kawasan wabak paling sukar dikekang. Wabak ini merebak di sepanjang rangkaian Belt and Road.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aleksandar Vučić (@buducnostsrbijeav) on

Sebaliknya, Taiwan dan Hong Kong adalah negara dan wilayah paling hampir dengan Tanah Besar China. Keadaan pandemik di kedua-dua negara ini sepatutnya lebih serius, tetapi situasi sebenar pihak mereka menangani wabak adalah jauh lebih baik daripada Tanah Besar China, negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Penganalisis percaya bahawa ini adalah kerana kebanyakan warga di kedua negara ini telah menolak Parti Komunis China.

Guo Wengui, seorang taikun yang anti komunis China kini menetap di Amerika Syarikat, berkata dalam satu siaran langsung pada 2 April bahawa sebab pencegahan pandemik Virus PKC (COVID-19) di Taiwan terlihat membanggakan dunia adalah kerana warga mereka ‘tidak mempercayai Parti Komunis China, yang akan membawa ke krematorium’.

Katanya dengan nada memuji, “Mengapa Taiwan dilindungi dengan baik sekali? Sebab Taiwan dilindungi dengan baik adalah kerana ia tidak mempercayai Parti Komunis China. Langkah ini adalah langkah rohani, seribu langkah tidaklah sebaik satu gerakan! Keruntuhan semua negara Barat kerana kepercayaan kepada Parti Komunis China. ‘Percaya kepada Parti Komunis China, bergeraklah ke arah krematorium’.”

Artikel Epoch Times bertajuk ‘Viruses Coming Against the Communist Party’ menegaskan bahawa hanya dengan menjauhkan diri dan menolak Parti Komunis China, kita akan dapat menjauhkan diri dari pandemik tersebut.

 

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Eropah GLOBAL

Video Popular