Kuih onde-onde atau turut juga dikenali sebagai kuih buah melaka menjadi kegemaran ramai penduduk di Malaysia.

Mana tidaknya, dengan salutan kelapa parut yang berlemak manis di bahagian luar dan isi dalam kuih yang meletus manis apabila digigit, siapa sahaja yang boleh menidakkan kesedapan kuih tradisional ini, bukan?

Ayza Nur/Facebook

Bagaimanapun, masih ramai yang belum tahu bahawa sebenarnya kuih ini amat mudah untuk dihasilkan.

Resipi semudah ABC ini telah dikongsikan oleh Puan Ayza Nur di laman Facebook dan sehingga entri ini dihasilkan, kirimannya ini telahpun mendapat sebanyak lebih dari 15,000 perkongsian, lebih dari 2,300 reaksi dan 220 komen.

Jadi, apa lagi yang ditunggu-tunggu? Jom cuba!

Bahan-bahan:

Ayza Nur/Facebook

1. 2 cawan tepung pulut

2. 2 sudu besar tepung gandum

3. 1 cawan atau lebih air daun pandan (kisar daun pandan bersama air kemudian tapiskan)

4. 1 atau 2 titik pewarna hijau

5. Seketul gula melaka (dipotong dadu)

6. Secubit garam

7. ½ biji kelapa parut yang ditambah sedikit garam (atau kukuskan kelapa parut terlebih dahulu untuk kuih yang tahan lebih lama)

Cara-cara untuk membuat:

1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam kedalam sebuah bekas.

2. Tuangkan air pandan sedikit demi sedikit sambil menguli adunan.

3. Uli adunan sehingga sebati dan menjadi doh yang tidak melekat.

Ayza Nur/Facebook

4. Ambil adunan doh sedikit demi sedikit dan bulatkan sebesar ibu jari.

5. Kemudian, leperkan doh tersebut untuk mengisi gula melaka yang dipotong dadu.

Ayza Nur/Facebook

6. Letakkan gula melaka di bahagian tengah doh (rujuk gambar).

7. Taburkan tepung gandum di atas dulang agar onde-onde tidak melekat.

8. Bulatkan semua adunan doh sehingga habis.

Ayza Nur/Facebook

9. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan kuih.

10. Masak sehingga kuih mula timbul di permukaan air sebelum diangkat dan ditoskan.

11. Golekkan kuih yang telah masak (ketika masih panas) ke dalam kelapa parut.

Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular