Memelihara haiwan peliharaan bukan hanya dapat menemani hidup manusia selain menjadi tempat kita berkongsi kasih sayang.

Menurut pakar, haiwan peliharaan juga mampu memperbaiki mood manusia yang keresahan ataupun dalam keadaan tertekan.

Umum mengetahui bahawa anjing bukan sahaja teman rapat manusia, bahkan anjing juga berupaya menjadi penyelamat manusia pada saat-saat yang tidak dijangka. Mereka diketahui bersifat agak melindungi lebih-lebih lagi pada insan yang mereka sayangi.

Seperti satu rakaman video yang dikongsikan di laman Facebook ini, di mana seorang pengguna yang menggunakan nama akaun Vu Hung telah memuat naik satu video yang telah menerima lebih 5,000 reaksi.

Berdasarkan video yang dimuat naik berkenaan, kita dapat lihat seekor anjing berada di halaman rumah bersama seorang budak perempuan sebelum muncul seorang lelaki yang tiba-tiba sahaja membuka pagar lalu memasuki kawasan rumah.

Vu Hung/Facebook

Lelaki berkenaan dengan pantas meluru ke arah budak perempuan lalu mengangkatnya, mungkin berniat mahu menculik kanak-kanak tersebut. Melihat kejadian itu, anjing bewarna hitam tersebut yang sebelumnya baring di lantai lantas bangkit menuju ke lelaki itu.

Menggemparkan apabila lelaki itu turut memegang senjata yang kelihatan seperti pistol di tangannya. Anjing tersebut kemudiannya dilihat menggigit pergelangan tangan lelaki itu, namun tangan sebelahnya masih lagi mampu mengangkat budak perempuan itu.

Vu Hung/Facebook

Dek kerana gigitan yang agak kuat, lelaki itu akhirnya bertindak melepaskan kanak-kanak tersebut sementara anjing tersebut masih terus mengigit tangan lelaki berkenaan sehinggalah genggaman pistol ditangannya itu dilepaskan.

Masih tidak mahu mengalah, lelaki tersebut dilihat cuba untuk meloloskan tangannya daripada gigitan anjing terbabit namun tidak berjaya. Video tersebut berjaya dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang.

Vu Hung/Facebook

Ternyata, anjing merupakan penyelamat kepada budak perempuan berkenaan. Jika tidak, besar kemungkinan budak perempuan itu telah berjaya dilarikan. Menurut pakar, anjing mempunyai naluri dan berupaya mengesan bahaya.

Jika terdapat sebarang ancaman yang wujud pada anda mahupun keluarga, mereka akan bertindak balas dan menjadi defensif terutamanya jika melibatkan kanak-kanak. Mereka sentiasa bersedia untuk melindungi insan kesayangan tidak kira masa!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular