Secara lumrahnya, kita sebagai makhluk Tuhan sebenarnya memerlukan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi ketika kesusahan. Bahkan manusia juga sering dibantu oleh haiwan misalnya anjing tatkala berhadapan dengan situasi mencemaskan.

Begitu juga haiwan sebenarnya. Mereka juga memerlukan belas ehsan dan bantuan daripada kita terutamanya ketika menghadapi kesukaran. Seperti yang terjadi pada seekor anjing yang terjatuh di dalam longkang ini.

Kisah ini sebenarnya dikongsi oleh seorang individu yang menetap di Shah Alam dan dia memutuskan untuk memuat naik rakaman video situasi tersebut di laman Facebooknya pada 8 April lalu.

Ezam bin Ramli/Facebook

Berdasarkan video tersebut, kita dapat lihat seorang anggota polis yang bertugas memantau kelancaran perjalanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempat turun ke longkang untuk mengeluarkan seekor anak anjing daripada situ.

“Terbaiklah sahabat.. Bukan sahaja menjadi petugas barisan hadapan kepada manusia, naluri seorang insan yang berjiwa murni. Walaupun ia hanya seekor anak anjing, ia juga makhluk bernyawa ciptaan Allah..” tulis pengguna yang menggunakan nama Ezam bin Ramli.

Pada mulanya, anak anjing itu kelihatan agak takut apabila didekati anggota polis tersebut. Puas anggota polis itu cuba mendekatkan dirinya pada anak anjing bewarna hitam itu dan akhirnya setelah ditenangkan, anjing tersebut berjaya dipegang.

Ezam bin Ramli/Facebook

Menerusi video tersebut, kita dapat lihat anak anjing bewarna hitam yang diangkat anggota itu kemudian diletakkan di atas rumput pada bahagian atas longkang berkenaan. Terdapat dua ekor anjing dewasa yang menantinya – mungkin ibu bapanya.

Sehingga kini, rakaman itu telah ditonton sebanyak 437,000 kali dan rata-rata pengguna berterima kasih dan memuji tindakan murni anggota polis berkenaan.

Ezam bin Ramli/Facebook

Ezam bin Ramli/Facebook

Sudah tentu ibu bapa anjing tersebut berasa sangat gembira melihatnya anaknya dibantu keluar daripada longkang yang dalam oleh seorang insan yang berhati nurani. Syabas dan tahniah, abang polis! Semoga tindakan anda ini menjadi ikutan insan lain di luar sana. 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular