Ais krim sememangnya amat diminat oleh kebanyakan individu di Malaysia. Mana tidaknya, cuaca negara kita yang panas ternyata mampu ‘diubati’ dengan menikmati ais krim walaupun untuk hanya seketika.

Namun dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ketika ini, ramai individu mengalami kesukaran untuk keluar bagi membeli ais krim. Untuk pengetahuan anda, menghasilkan ais krim sendiri mudah sahaja sebenarnya.

Cik Puan Hasnah/Facebook

Berikut merupakan cara menghasilkan sendiri ais krim coklat buatan sendiri yang anda boleh lakukan di rumah. Ia merupakan resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Facebook, Cik Puan Hasnah.

Anda hanya perlukan :

  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar ovalet
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 cawan serbuk Milo

Cik Puan Hasnah/Facebook

Cara-caranya :

1. Campurkan kesemua bahan di dalam mesin pengadun. Biarkan ia diputar selama lebih kurang 10-15 minit

2. Kemudian adunan tersebut dimasukkan ke dalam bekas lalu disimpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku untuk tempoh 1 malam

Cik Puan Hasnah/Facebook

Cik Puan Hasnah/Facebook

Melihat kepada teksturnya, ia tidak ubah seperti ais krim yang dibeli di kedai-kedai. Rasanya juga sangat sedap walaupun dengan hanya menggunakan 5 jenis bahan sahaja. Mudah bukan? Jom kita buat sekarang!

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular