PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan bermula 15 April sehingga 28 April 2020, umum Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri pada 10 April 2020.

Tan Sri Muhyiddin menjelaskan pelanjutan tempoh berkenaan dibuat selepas perbincangan dan mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

MOHD RASFAN/AFP via Getty Images

Kerajaan memutuskan tempoh PKP perlu dilanjutkan bagi menjamin keselamatan awam dan memutuskan rantaian Virus Parti Komunis China (COVID-19).

Pelanjutan tempoh PKP memasuki fasa ketiga adalah selaras dengan pandangan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) yang meminta supaya PKP tidak ditarik balik terlalu awal bagi mengelak penularan semula virus itu.

Pelanjutan ini juga sebagai persediaan bagi kerajaan untuk menangani Virus PKC (COVID-19) secara lebih efektif dan petugas perubatan dapat lebih bersedia dalam mengawal penularan kes Virus PKC (COVID-19).

Tan Sri Muhyiddin juga mengumumkan sesi persekolahan akan turut ditangguhkan sehingga keadaan benar-benar pulih. 

Pembelajaran Dari Rumah atau Home Base Learning akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tidak lama lagi supaya pelajar dapat belajar dari rumah.

Tan Sri Muhyiddin terus menasihatkan rakyat supaya bersedia secara mental dan fizikal untuk terus duduk di rumah bagi tempoh 2 minggu lagi dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

@SinarOnline/Twitter

“Anda manusia yang hebat, sama-sama kita jaga kita,” Perdana Menteri menzahirkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus mematuhi PKP demi memerangi pandemik global Virus PKC (COVID-19).

Malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020 dan memasuki fasa ketiga selepas berakhirnya fasa kedua pada 14 April 2020.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular