Seorang pembantu jururawat bernama John Alagos, 24 tahun telah disahkan meninggal dunia mengejut pada 3 April lalu selepas bekerja lebih 12 jam di Hospital Besar Watford di Hertfordshire, United Kingdom.

John Alagos menjadi petugas barisan hadapan termuda dilaporkan meninggal dunia ketika bertarung mengekang penularan pandemik virus PKC (COVID-19) di United Kingdom.

Ibunya Gina Gustilo memberitahu media bahawa pada ketika ini keluarga mereka sedang menunggu keputusan sama ada John telah diuji positif untuk jangkitan COVID-19 di hospital itu.

John Alagos/Facebook

Gina memberitahu, pada 3 April, John mengadu keletihan selepas bekerja selama 12 jam berturut-turut menjaga pesakit yang positif koronavirus. Wajahnya kelihatan pucat dan dia terus dibiarkan berehat selepas mengadu mengalami demam panas.

Gina berkata selepas mendapati John tidak sedarkan diri, dia telah membuat panggilan kecemasan dan ketika pasukan perubatan tiba, jururawat John Alagos telah disahkan meninggal dunia.

Menurut Gina, rakan sekerja John memberitahunya, mereka memakai pakaian pelindungan khas ketika mengendalikan pesakit, tetapi tidak diberikan pelindung muka yang khas, sebaliknya hanya memakai topeng mulut dan hidung yang biasa.

Hospital Besar Watford telah ditutup kepada pesakit baru pada 4 April akibat masalah kekurangan peralatan oksigen, tetapi kemudian telah dibuka semula. Pihak hospital berkata ini bagi memastikan kakitangan mempunyai tahap keselamatan dan perlindungan yang betul serta mengikut piawaian ketika bekerja.

Ketua jururawat hospital Tracey Carter berkata, “John sangat popular dan akan dirindui oleh rakan-rakan sekerja.”

John Alagos/Facebook

Gina Gustilo yang juga merupakan seorang jururawat kesihatan mental NHS tinggal bersama anak lelakinya itu berkata John tidak menunjukkan tanda-tanda memiliki virus. Gina mendakwa pihak hospital tidak membenarkan anaknya pulang awal walaupun setelah dia mengadu sakit kepala dan mengalami demam panas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas kematian John Alagos, Ketua Jururawat Carter menambah, “Kakitangan kami telah diberi taklimat ringkas mengenai gejala COVID-19 dan pihak kami tidak akan mengharapkan sesiapa sahaja untuk bekerja sekiranya mereka menunjukkan gejala-gejala ini atau sememangnya tidak sihat ketika bekerja dalam apa juga cara.”

“Kami sentiasa memastikan kakitangan dikemaskini pada panduan PPE terkini supaya kesemuanya mempunyai tahap pelindungan yang betul ketika mereka bekerja,” katanya.

Hospital tersebut berkata keputusan yang dibuat pada hari Sabtu telah mengisytiharkan insiden yang kritikal itu sebagai ‘hasil daripada masalah teknikal dengan peralatan oksigen hospital kami’.

Pada petang hari yang sama, hospital berkata masalah telah diselesaikan dan ia diangkat sebagai insiden kritikal.

“Tahap oksigen yang selamat dikekalkan sepanjang tempoh insiden berlaku,”, kata jurucakap Hospital West Hertfordshire NHS Trust, yang mengendalikan hospital tersebut.

West Hertfordshire Hospitals NHS Trust/Facebook

Setakat Khamis 2 April, seramai 29 orang telah meninggal dunia di hospital kendalian NHS Trust selepas didiagnosis jangkitan positif COVID-19.

NHS Trust bertanggungjawab mengendalikan Hospital Besar Watford, Hospital Hemel Hempstead dan Hospital St Albans City.

Nasihat NHS semasa memberitahu individu yang mempunyai koronavirus COVID-19 atau simptom yang disyaki ialah untuk mengelak daripada terus pergi ke hospital dan lain-lain fasiliti perubatan seperti farmasi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Eropah GLOBAL

Video Popular