Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawa semua pelajar yang berada di mana-mana institusi pendidikan tinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diberi makanan percuma.

Bukan itu sahaja, bahkan pihak kerajaan turut memberikan wang berjumlah RM200 untuk golongan pelajar ini sebagai satu langkah mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh mereka di tempat pengajian masing-masing.

Namun nampaknya bukan semua pelajar rasa bertuah dan bersyukur dengan pemberian makanan percuma yang disediakan ketika PKP ini berlangsung. Menerusi laman UTAR’s Confession di Facebook, seorang pengadu menzahirkan kekesalannya.

UTAR’s Confession/Facebook

“Saya terkejut melihat kualiti pelajar sekarang yang sangat rendah. Ada sesiapa yang tahu nilai makanan pada masa kini? Saya rasa malu kerana masih ramai insan di luar sana yang tidak berupaya untuk mendapatkan makanan”.

“Alasan yang diberikan membuatkan saya terkedu – jauh, panas, saya masih belum bangun, malas. Jika kamu tidak begitu memerlukan makanan ini, sila beritahu. Tujuan projek ini adalah untuk memastikan pelajar di kolej mendapat makanan”.

“Saya juga melihat sesetengah pelajar berasa tidak gembira kerana makanan yang disediakan berbeza mengikut kawasan. Mereka rasa makanan di kawasan lain lebih baik”, tulis insan itu lagi selain menasihati pelajar untuk menjaga jarak ketika mengambil makanan.

UTAR’s Confession/Facebook

Jelas sekali bahawa si pengadu yang dirahsiakan identitinya itu berasa sangat sedih dan kesal ekoran sikap tidak bersyukur yang ditunjukkan oleh pelajar universiti. Pada waktu sebegini, ia bukanlah masa yang tepat untuk memilih.

Pengadu juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di atas kerja keras mereka semasa saat-saat begini. Pihak MPP menurutnya berusaha sedaya upaya untuk memenuhi keperluan setiap pelajar walau ketika cuaca panas, mereka tetap membantu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular