TAIPING – Mahkamah Tinggi Taiping memutuskan untuk mengetepikan hukuman penjara 3 bulan ke atas dua lelaki yang ditahan selepas didapati memancing di sebuah kolam di Sungai Siput semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebaliknya mahkamah telah memerintahkan Chin Chee Wei, 45, dan Chong Poh Wah, 56, perlu menjalani hukuman khidmat masyarakat selama 3 bulan.

YouTube/Paparan Skrin

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Taiping K. Muniandy memerintahkan kedua sahabat ini melakukan khidmat masyarakat selama empat jam setiap hari selepas tempoh PKP berakhir dengan berkata ini adalah satu peringatan kepada orang awam untuk tidak melanggar perintah itu.

“Biarkan kes ini menjadi pengajaran kepada semua,” katanya dalam keputusan mahkamah pada 8 April selepas bertanya sekiranya mereka masih mahu keluar semasa PKP.

Kedua lelaki berkenaan telah keluar memancing pada 2 April kerana mereka tiada wang untuk menyediakan makanan kepada keluarga masing-masing. 

Mereka yang bekerja sebagai pekerja pengubahsuaian bumbung dengan upah harian, kehilangan pekerjaan itu selepas PKP dikuatkuasakan.

YouTube/Paparan Skrin

Keputusan Mahkamah Majistret Sungai Siput pada 3 April lalu yang menjatuh hukuman penjara 3 bulan atau denda maksimum RM1,000 telah dirujuk ke Mahkamah Tinggi Taiping di mana peguam yang mewakili mereka, Balakrishna Balaravi Pillai memfailkan permohonan untuk semakan semula kes.

Chee Wei dan Poh Wah juga diperintahkan untuk melaporkan diri ke balai polis daerah Sungai Siput pada setiap Isnin selagi PKP berkuat kuasa.

Balakrishna berhujah bahawa kedua-dua lelaki ini adalah pesalah kali pertama dan kesalahan mereka tidak cukup serius untuk dibawa ke penjara.

“Chee Wei mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah dan isteri yang perlu diberi makan sementara Poh Wah adalah pencari nafkah tunggal buat keluarganya,” hujah peguam itu.

YouTube/Paparan Skrin

“Kedua-duanya adalah buruh yang melakukan kerja-kerja kasar dan ganjil di Sungai Siput, dan mereka memancing bukan untuk menjual hasil tangkapan, sebaliknya bagi makanan sendiri,” katanya. 

Sambil menambah, situasi kedua lelaki ini sudah sedia ada susah walaupun sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan pada 18 Mac.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular