Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus menerima desakan daripada pelbagai pihak yang meminta beliau untuk meletakkan jawatan disebabkan oleh respon beliau yang mempercayai laporan yang dikeluarkan oleh kerajaan China berkenaan krisis Virus Parti Komunis China (COVID-19).

FABRICE COFFRINI/AFP via Getty Images

Menurut Senator Republika, Martha McSally, Dr Tedros harus meletakkan jawatan kerana tindakannya yang mempercayai ‘pembohongan China’ malah memuji pemerintah komunis itu atas ‘ketelusan’ dalam usaha untuk membanteras penyebaran virus PKC. Walhal, sudah terang lagi bersuluh bahawa negara China pada hakikatnya telah menyembunyikan fakta sebenar mengenai jumlah jangkitan yang berlaku di negara tersebut.

Mark Wilson/Getty Images

Jelas Martha lagi, kerajaan China telah memperdayakan seluruh dunia sedangkan penularan virus ini adalah berpunca daripada mereka dan hal ini telah mengakibatkan kematian ribuan manusia di Amerika dan seluruh dunia.

“Dr Tedros telah memperdayakan seluruh dunia. Pada satu tahap, dia turut memuji ketelusan China dalam usaha untuk menangani virus ini meskipun terdapat lambakan bukti yang menunjukkan bagaimana rejim ini menjadi punca utama kepada penularan wabak tersebut. Penipuan ini telah mengorbankan banyak nyawa”.

Pada Februari lalu, China telah mengeluarkan laporan bahawa terdapat 17,238 kes dengan 361 kematian. Meskipun ia melibatkan jumlah jangkitan yang tinggi, Dr Tedros menyatakan bahawa larangan perjalanan adalah tidak perlu. Katanya, tindakan sekatan perjalanan antarabangsa tidak diperlukan bagi mengekang penyebaran wabak ini.

Global Health Policy

Kemudian pada tanggal 20 Mac lalu, Dr Tedros dikatakan telah memuji kecekapan China dengan berkata, “Buat kali pertama, #China melaporkan sifar kes domestik #COVID19. Ini adalah satu pencapaian yang menakjubkan dan meyakinkan kita bahawa #viruskorona boleh dihapuskan”.

Sedangkan pada masa yang sama, negara China telah berhadapan dengan pelbagai tuduhan seperti tidak mendedahkan jumlah sebenar kes. Malah, ada pihak menganggarkan bahawa jumlah kematian keseluruhan di China berkemungkinan besar telah mencapai sehingga 40,000 orang! Buktinya, terdapat kesesakan di rumah mayat di China di mana setiap hari, sebanyak 500 bekas abu mayat telah diberikan. Setakat ini, China mencatatkan lebih daripada 81,000 kes dengan lebih 3,300 kematian.

Kewibawaan dan kredibiliti Dr Tedros dalam membenarkan penyebaran virus PKC sama ada secara langsung mahupun tidak langsung telah mengakibatkan mengorbankan nyawa ratusan ribu individu yang tidak bersalah. Ketidakcekapan WHO dalam melaksanakan langkah sewajarnya bagi menghentikan penyebaran wabak adalah satu perkara yang tidak boleh diterima akal. Semoga kita semua akan sentiasa dilindungi daripada segala musibah yang melanda.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular