Duduk di rumah berhari-hari tanpa boleh keluar bukanlah sesuatu yang mudah. Bunyinya memang mudah, tetapi sukar buat mereka yang tidak senang untuk ‘duduk diam’. Suka atau tidak mereka harus mengikuti arahan yang sudah ditetapkan.

Jadi, kalau sudah duduk di rumah alangkah baiknya jika kita melakukan sesuatu untuk menghilangkan bosan di samping mengisi masa yang terluang dengan sesuatu yang berfaedah.

Apa kata kalau kita mula dengan bercucuk tanam? Tiada ruang dan tanah? Tidak mengapa kerana kita boleh ‘menanam’ sayur yang mudah tanpa memerlukan tanah atau ruang.

Idea ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Mee Ho Chew apabila dia telah menunjukkan hasil ‘menanam’ sayur tauge sendiri di rumah. Caranya juga sangat mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Status tersebut telah dikongsikan lebih daripada 11,000 kali dan ramai yang menyahut ‘cabaran’ tersebut.

Apa yang diperlukan ialah kacang hijau dan sebuah botol plastik. Mula-mula rendam kacang hijau di dalam botol selama enam jam. Setelah itu, keluarkan air yang ada di dalam botol tersebut. Kemudian, tutup botol dengan kain kasa (gauze).

Facebook

Rupa anak tauge semasa hari pertama

Facebook

Pastikan botol dijauhkan dengan cahaya matahari. Letakkan sedikit air pada waktu supaya kacang-kacang itu sentiasa lembap. Pastikan juga air yang berlebihan dibuang.

Hari kedua

Facebook

Pada hari kedua anak-anak tauge sudah mula bercambah.

Hari ketiga

Facebook

Hari keempat

Facebook

Hari kelima

Facebook

Dan inilah hasilnya! 

Facebook

Facebook

Dengan serta-merta boleh dijadikan hidangan terus!

Facebook

Selepas ini jika ke kedai tidak perlu lagi membeli tauge kerana anda boleh hasilkan tauge sendiri di rumah dengan cara paling mudah. Jadi, apa tunggu lagi?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular