GEORGETOWN – Gara-gara teringin makan nasi lemak, seramai 24 individu ditahan termasuklah 2 orang wanita ekoran melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal pagi 5 April lalu.

Mereka terdiri daripada individu berusia antara 13-40 tahun, di mana mereka ditahan ketika berkumpul di belakang sebuah rumah yang terletak di Mukim 3, Sungai Pinang pada jam 2 pagi.

Gambar hiasan/Pixabay

Peniaga berusia 23 tahun juga difahamkan turut ditahan. “Peniaga mendakwa bahawa dirinya telah menjalankan operasi menjual nasi lemak sejak tahun lalu”, kata Supritendan A.A. Anbalagan, Ketua Polis Daerah Barat Daya Pulau Pinang.

“Peniaga tidak memiliki sebarang lesen operasi perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan. Dia telah melanggar PKP kerana menjalankan operasi perniagaan melebihi waktu yang telah ditetapkan”, tambahnya lagi.

Kesemua mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Terkawal Tempatan) 2020.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular