Ternyata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberikan kesan buat semua lapisan masyarakat, baik golongan kaya mahupun miskin bahkan kepada golongan gelandangan juga. Mujurlah pihak kerajaan dapat menyediakan lokasi khas untuk menempatkan mereka.

Bukan itu sahaja, pada 7 April, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun Twitternya ada memuat naik satu rakaman video menunjukkan keadaan gelandangan yang ditempatkan di dalam dewan-dewan.

@AnnuarMusa/Twitter

Tan Sri Annuar sebelum ini telah meminta pihak yang berkenaan untuk membina ratusan kubikel sebagai ruang untuk golongan gelandangan berlindung di Pusat Komuniti Sentul Perdana, salah satu daripada empat tempat perlindungan sementara yang kini menempatkan kira-kira 540 orang gelandangan di Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah.. Arahan saya supaya dipasang cubicles untuk gelandangan segera dilaksanakan malam ini.. Syukur.. Saya urus selimut pula”, tulisnya menerusi akaun Twitternya itu.

Facebook

Usaha berkenaan adalah bertujuan untuk menambah baik pusat penempatan buat golongan tersebut selain menjamin kehidupan mereka akan lebih selesa dan terjaga sepanjang tempoh PKP ini berlangsung.

Facebook

Sebelum ini, pusat penempatan gelandangan yang disediakan hanya dilengkapi dengan barisan tilam yang disusun di atas lantai dengan jarak 1 meter antara satu sama lain.

Selain daripada Pusat Komuniti Sentul Perdana, tiga lagi pusat adalah Dewan Serbaguna Ampang Hilir, Pusat Komuniti Setiawangsa dan Dewan Serbaguna Alam Damai yang dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular