Terdapat peribahasa mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ternyata amat tepat digambarkan oleh seorang lelaki ini, di mana beliau berjaya menamatkan larian maraton.

Apa yang mengagumkan bahawa beliau berjaya menamatkan lariannya dengan hanya berada di dalam rumah iaitu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berlangsung!

Yim Heng Fatt menerusi akaun Facebooknya telah mendokumentasikan dirinya sendiri yang menjalani satu siri maraton dengan penuh selesa di rumahnya sendiri. Jelas sekali bahawa PKP langsung tidak mematahkan niatnya untuk kekal aktif walaupun di rumah.

Yim Heng Fatt/Facebook

Sungguh mengagumkan apabila dia berjaya menamatkan larian pada 5 April lalu selepas 36 jam, di mana keseluruhan jarak lariannya adalah sebanyak 263 kilometer. Difahamkan bahawa Yim telah memulakan lariannya pada 4 April jam 6 pagi.

Yim memilih untuk berhenti pada 263 kilometer sahaja sebagai mengambil kira tuah pada angka itu di dalam kepercayaan masyarakat Kantonis, di mana ia membawa maksud ‘untuk hidup selama-lamanya’.

Sepanjang tempoh tersebut, dia juga sempat berehat untuk makan dan mandi. Dia juga sempat menyediakan laluan sepanjang 50 meter di dalam rumahnya, selain ‘stesen air’ di dapur bagi memudahkannya kekal hidrat sepanjang marathon.

Yim Heng Fatt/Facebook

Pada jam 7 pagi pada 5 April lalu, Yim telah memuat naik satu video yang menunjukkan laluan 50 meter yang digunakannya. Ia dimulai di bahagian ruang tamu kemudian ke foyer lalu menuju ke bilik air rumahnya kemudian ke bahagian dapur dan ruang makan sebelum menuju semula ke ruang tamu.

Menurut Yim, dia mahu membuktikan bahawa adalah mustahil untuk para pelari di luar sana kekal aktif dan selamat ketika PKP dan dia juga sempat berkongsi beberapa manfaat melakukan maraton di rumah sendiri.

Yim Heng Fatt/Facebook

“Apa yang bagus tentang berlari dalam rumah adalah keupayaan untuk mengawal ‘cuaca’. Cara berhadapan dengan kipas dan juga pendingin udara terutamanya ketika panas di waktu petang. Tambahan pula, anda boleh berlari sambil bertelanjang”, gurau Yim.

Dia juga berkongsi bahawa lariannya adalah sebahagian daripada usaha untuk meraih dan mengumpul dana amal, di mana setiap 10 kilometer yang diharunginya, topeng penutup mulut dan hidung akan disumbangkan.

Yim Heng Fatt/Facebook

Walaupun jumlah topeng muka hanyalah 23 keping sahaja namun Yim menekankan bahawa acara marathonnya ini adalah lebih daripada jumlah itu. “Ia mengenai persahabatan sebagai satu pasukan dan juga menikmati larian di dalam rumah”.

Selain itu, Yim menjalaskan bahawa ia memberi perubahan positif di dalam diri walaupun dalam jumlah yang kecil. Usahanya itu turut diikuti oleh 300 peserta lain, menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 14,000 kilometer.

“Setiap individu yang membantu melawan pandemik ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada setiap individu”, katanya lagi. Syabas buat Yim dan mereka yang turut serta. Kekal aktif di rumah ya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular