- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Glenn Fredly meninggal dunia semalam. Takziah diucapkan

INDONESIA – Penyanyi yang terkenal dengan lagu berjudul Januari iaitu Glenn Fredly dilaporkan telah meninggal dunia di sebuah hospital pada semalam, 8 April 2020.

OEDAY ABDULLAH/AFP via Getty Images

Berita mengenai pemergian artis ini telah dimaklumkan oleh rakan seperjuangannya, Tompi yang memohon kepada orang ramai untuk mendoakan dan memaafkan segala salah silap penyanyi itu.

“Telah berpulang saudara kami, Glenn Fredly, malam ini. Mohon dimaafkan semua salahnya. Dia yang selalu hadir menggerakkan kita semua”.

OEDAY ABDULLAH/AFP via Getty Images

Menurut laporan, Glenn meninggal dunia di Rumah Sakit Setia Mitra jam 6 petang waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia). Punca kematian penyanyi kesayangan ramai ini adalah disebabkan oleh meningitis (jangkitan virus yang mengakibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang).

Penyanyi yang terkenal dengan muzik pop, R&B dan jazz ini atau nama sebenarnya Glenn Fredly Deviano Latuihamallo dilahirkan pada 30 September 1975. Beliau kemudian memulakan perjalanan karier seninya dengan menjadi vokalis bagi kumpulam Funk Section pada tahun 1995. Tiga tahun kemudian, Glenn mula bergerak secara solo dan melancarkan album bertajuk Glenn.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Imanuel Abraham (@snap.nuel) [1] on


Glenn juga pernah membentuk kumpulan bernama Trio Lestari bersama dua rakan seperjuangan iaitu Tompi dan Sandhy Sondoro. Glenn telah berkahwin dengan bintang dangdut iaitu Ayu Mutia pada 2019 dan baru menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada Februari lalu.

Semoga rohnya tenang di sana…

loading...