- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Dikuarantin di rumah kerana COVID-19, ini pakej bantuan yang disediakan oleh kerajaan Korea Selatan

Setiap negara bertungkus-lumus, bekerja keras dan sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk memerangi wabak COVID-19. Sistem kesihatan dinaik taraf supaya pesakit dapat dirawat dengan baik sehingga sembuh.

Di Malaysia kini Perintah Kawalan Pergerakan masih dikuatkuasa. Orang ramai tidak boleh meninggalkan rumah tanpa sebab munasabah. Kerajaan juga banyak membantu rakyat dengan melaksanakan pakej rangsangan supaya mereka yang terjejas dapat terus bertahan sepanjang PKP.

Di Korea Selatan pula kerajaan memberikan pakej bantuan kepada mereka yang dikuarantin di rumah.

Uvzxkwq [1]

Seorang warganet di Imgur telah berkongsi pengalamannya selama beberapa hari dikuarantin. Dia turut memuat naik pakej bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepadanya.

Bungkusan yang diterima bukan hanya mengandungi keperluan kebersihan malah makanan asas juga turut diberikan. Bantuan diberikan supaya mereka yang dikuarantin tidak perlu keluar dari rumah untuk mendapatkan keperluan asas.

Kerajaan memberikan pakejĀ  bantuan penjagaan kepada mereka yang dikuarantin untuk mengelakkan mereka daripada terdedah kepada individu yang positif COVID-19.

Uvzxkwq [1]

Seorang pengguna Reddit, TheMemeChurch turut berkongsi pengalamannya yang sedang menjalani kuarantin di negara itu. Menurutnya dia mempunyai kontak dengan kes positif.

Dia kemudian terus diberitahu oleh pejabat kerajaan tempatan dan melakukan pemeriksaan pada hari berikutnya dan keputusan menunjukkan negatif. Namun begitu, dia dinasihatkan untuk melakukan kuarantin selama 14 hari.

Tambahnya lagi, dia juga menerima pemeriksaan sebanyak dua kali sehari sepanjang dia dikuarantin. Pegawai yang bertanggungjawab juga membekalkan beberapa keperluan asas yang bukan hanya terdiri daripada keperluan penjagaan kebersihan malah turut memberikan bantuan lain seperti makanan segar.

Di Korea kerajaan membelanjakan sekitar 1500 USD (sekitar RM6500) untuk sebuah keluarga dengan lima orang isi rumah sebagai bantuan.

Uvzxkwq [1]

Uvzxkwq [1]

Dia juga berharap agar dengan pelaksanaan ujian yang dilakukan kerajaan, wabak ini akan segera dapat dibendung terutama di negara itu.

Kerjaan juga menyediakan panduan untuk membuang sampah dengan betul sepanjang masa kuarantin.

Uvzxkwq [1]

Bersama-sama dengan barangan tersebut sebuah nota yang menerangkan tentang panduan untuk membuang sampah dimana sampah harus dibuang di dalam beg plastik yang disediakan. Plastik tersebut harus diletakkan di dalam rumah dan disembur dengan menggunakan semburan anti-virus sekurang-kurangnya sekali sehari.

Selepas itu, apabila plastik sudah 75% penuh, ikat plastik dengan ketat dan gunakan semburan sekali lagi untuk membersihkannya. Simpan beg plastik tersebut sehingga kuarantin tamat dan hubungi nombor yang diberikan supaya pihak bertanggungjawab boleh mengumpul dan membuang plastik tersebut.

Tidak hanya itu, kerajaan turut memberikan nota sebagai ‘kata-kata semangat’ buat mereka yang dikuarantin.

Uvzxkwq [1]

Antara isi nota tersebut ialah mereka menzahirkan rasa simpati buat mereka yang menderita akibat virus Covid-19. Kerajaan berharap agar pakej bantuan yang diberikan mampu memberi tenaga untuk menjalani rutin seharian.

Buat mereka yang tidak sihat, diharapkan agar segera sembuh supaya dapat menjalani hari-hari seperti sediakala.

loading...