- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Cuba resipi Kek Apam Milo, hanya perlu 4 bahan siap kukus dalam masa 20 minit

Buat kaum ibu yang mungkin pernah mendengar resipi kek pelangi tetapi malangnya hendak membuatnya jadi leceh sebab tidak cukup bahan, apa kata anda mencuba resipi mudah yang pernah tular, Kek Apam Milo.

Almaklum semasa tempoh PKP, mak-mak di rumah perlu kreatif menghasilkan resipi paling mudah dengan bahan paling minimum tetapi paling sedap untuk juadah seisi keluarga.

Maka, resipi asal Kek Apam Milo daripada Puan Fatihatul Hakimah [1] yang dikongsi oleh Puan Azlina Watie [2] di Facebook wajib anda cuba sesuai ketika juadah minum petang.

Ikuti resipi Kek Apam Milo di bawah:

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat Kek Apam Milo:

1. Pukul telur dan gula sampai berbuih, putih dan kembang. Pastikan jangan derhaka nanti apam tidak naik. Hanya guna blender paling senang.

Pastikan telur dikisar pekat. Kalau anda pukul sekejap sangat, apam tidak akan naik.

2. Masukkan tepung gandum, blender lagi sampai sebati. Rasa blender sudah menjerit mohon berhenti dan kacau sahaja guna senduk atau spatula.

Blender tepung pastikan sekejap sahaja atau gaul tepung guna spatula. Tepung kalau blender lama akan jadi bantat.

3. Adunan tadi bahagikan kepada dua bekas, satu bekas adunan biar kosong atau boleh letak pewarna lain, dan satu bekas lagi letak Milo dan kacau sampai sebati.

4. Tuang selang-seli dalam loyang (jangan lupa sapukan sedikit mentega atau marjerin). Kalau hendak nampak menarik, carik lembut guna lidi atau garfu untuk nampak berbunga-bunga, ikut suka tiada paksaan.

5. Kukus selama 20 minit. Air kukusan mesti pastikan sudah mendidih terlebih dahulu.

Siap sudah Kek Apam Milo.

Adunan ini dapat dua loyang kecil tetapi tidak sampai malam pasti sudah habis.

Azlina Watie/Facebook [2]

Memang sedap kalau dimakan berulam air teh atau kopi yang ‘O’. Selamat mencuba!

loading...