Walaupun kanak-kanak tidak memahami perasaan orang dewasa, tetapi ada sesuatu tentang kata hatinya yang boleh mengejutkan sesiapa sahaja. 

Si kecil Cohen baru berusia 2 tahun memutuskan untuk memeluk seorang lelaki yang baru sahaja menghantar piza ke rumahnya dan dia tidak tahu pun pelukan itu benar-benar amat diperlukan bagi mengubat kesedihan.

Cohen berlari ke arah lelaki penghantar piza dan terus menghulurkan tangannya dengan meminta untuk memeluknya dengan erat.

Lindsey Sheely/Facebook

Tidak tahu pula bagaimana kanak-kanak boleh merasakan emosi mendalam, sesuatu yang kita perlu pelajari untuk menghargai kegembiraan serta memupuk semangat positif setiap hari.

Ryan Catterson yang menghantar piza itu sebenarnya baru kehilangan anak perempuannya yang berusia 16 tahun kerana menderita masalah mental. Bayangkan betapa sedih hatinya selepas kehilangan anak kesayangan.

Lindsey Sheely/Facebook

Ryan kembali bekerja sambil menahan perasaan serta emosi kehilangan yang belum lagi stabil.

Ketika bertugas menghantar piza ke rumah keluarga Lindsey Sheely di West Warwick, Rhode Island seperti biasa dengan hanya berdiri di hadapan pintu masuk, anak lelaki keluarga itu, Cohen tiba-tiba telah keluar dan menyapanya.

Lindsey Sheely/Facebook

Sambil melangkah ke arah Ryan, Cohen menghulurkan tangannya meminta pelukan. Ryan yang sedang berduka membalasnya dengan memberi pelukan. Terasa kehangatan satu pelukan yang amat erat daripada kanak-kanak ini.

Bagaimana si kecil Cohen boleh merasakan yang Ryan sedang bersedih?

Lindsey Sheely/Facebook

Selepas menyaksikan pelukan erat yang comel itu, Lindsey berlari mendapatkan Cohen sambil menegur anak lelakinya supaya jangan menganggu seorang tetamu.

Momen pelukan erat itu telah dirakamkan oleh kamera CCTV yang diletakkan di bawah loceng pintu rumah Lindsey.

Lindsey Sheely/Facebook

Lindsey memutuskan untuk berkongsi interaksi manis itu di media sosial yang pada mulanya berpendapat ia hanya satu pelukan comel antara seorang kanak-kanak dan orang dewasa.

Selepas video itu menjadi tular, Lindsey kemudian mendapat mesej daripada Ryan yang berkata dia adalah lelaki penghantar piza tersebut dan pelukan itu amat diperlukannya pada ketika itu kerana anak perempuannya, Alyssa baru meninggal dunia. 

Lindsey Sheely/Facebook

“Selepas kehilangan anak perempuan saya minggu ini, pelukan itu telah menyentuh hati saya seperti dia sedang berada di sisi dan saat itu amat bermakna buat saya. Satu keadaan sukar yang amat berat kerana saya tidak lagi dapat memeluk anak kesayangan buat selama-lamanya,” kata Ryan.

“Ramai yang memberi komen mungkin dia sedang memerhatikan saya. Kata-kata itu amat bermakna, mungkin dia ada di situ ketika itu,” tambah Ryan yang pilu.

Anak perempuan Ryan tinggal bersama bekas isterinya, Danielle McCord di California dan mereka bergelut dengan keadaan kesihatan mentalnya yang tidak stabil sebelum dia meninggal dunia.

Lindsey Sheely/Facebook

Ryan berkata momen pelukannya bersama si kecil Cohen akan diingati dan dihargai sampai bila-bila walaupun ia hanya rakaman video berdurasi 23 saat. 

Pelukan hangat melegakan hati oleh si kecil yang akan terus disimpan dalam memori Ryan Catterson seperti mana bapa ini mengingati memori bersama mendiang anak perempuannya.

Tonton rakaman video menyentuh hati ini di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular