Individu-individu berkeluarga berpendapatan rendah mungkin menjadi golongan paling terkesan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan memakan masa hampir sebulan.

Sementara mereka yang bekerja dengan gaji bulanan boleh sahaja membeli bahan makanan yang terputus bekalan untuk santapan keluarga, terdapat ramai keluarga lain yang tidak dapat berbuat demikian.

Ketua keluarga yang bekerja dengan gaji harian misalnya merasai keperitan ini setelah PKP dilaksanakan, sehingga ada yang terpaksa mengikat perut atau berpuasa kerana ketiadaan wang untuk membeli makanan.

@SinarOnline/Twitter

Sinar Harian melaporkan sebuah keluarga yang tinggal di Pasir Gudang, Johor mengalami kesulitan setelah terputus wang simpanan untuk membeli bahan keperluan makanan.

Bapa kepada seorang anak, Roslan A Aliudins, 30 tahun, berkata isterinya, Nurul Nisa Irmin, 26 tahun hanya mampu memasak nasi atau bubur nasi berlauk gula selepas menerima sumbangan dari Persatuan Penduduk Taman Cendana sejak beberapa hari yang lalu. 

Berasal dari Lahad Datu, Sabah, Roslan tinggal di Johor selama hampir 10 tahun dengan menyara keluarganya sebagai pekerja pendawaian elektrik.

Sejak PKP dilaksanakan, sumber pendapatan hariannya sebanyak RM800 sebulan telah terjejas teruk dan dia menjadi buntu kerana tidak dapat menyediakan keperluan asas itu buat keluarganya.

“Sejak PKP bermula, saya tidak dapat bekerja, walaupun menerima permintaan untuk menyelesaikan kerja-kerja pendawaian di kejiranan. Pada mulanya, saya boleh mencatu duit belanja, tetapi selepas kira-kira satu minggu yang lalu, kesemua simpanan saya telah kehabisan,” kata Roslan yang pilu.

Selepas mengajukan masalah kewangannya kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Cendana, Encik Shamsul Bahrin Ibrahim, keluarganya telah diberi bantuan dan sumbangan berupa bahan makanan beras dan gula.

“Sejak empat hari lalu, menu kami ialah makan nasi kosong atau bubur dengan gula selain nasi goreng,” tambahnya.

@SinarOnline/Twitter

Namun, syukur kini Roslan dan keluarganya telah menjadi salah seorang penerima bantuan dalam kalangan 3,000 penerima bantuan makanan yang disediakan oleh pasar raya Econsave kepada penduduk taman itu yang menyumbang ikan dan sayur-sayuran buat keperluan mereka. 

Bersyukur atas sumbangan itu, Roslan berharap tempoh PKP akan berakhir tidak lama lagi supaya dia dapat kembali bekerja dan menyediakan keperluan harian seperti biasa buat keluarga tercintanya.

Semoga Roslan dan keluarganya terus cekal meneruskan kehidupan, sama seperti kebanyakan warga Malaysia berpendapatan rendah lain yang turut melalui kesukaran yang sama.

Sama-sama kita berdoa dan terus bertahan, semoga pandemik Virus Parti Komunis China (COVID-19) ini akan segera berakhir bagi membolehkan semua orang menjalani kehidupan seperti biasa.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular