- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Diet ekstrem dengan hanya makan buah dan sayur, wanita 41 tahun ditemui maut di rumah

Seorang wanita berusia 41 tahun ditemui meninggal dunia di rumah yang didiami seorang diri gara-gara mengamalkan diet ekstrem yang memudaratkan dengan hanya memakan buah, sayur-sayuran dan juga produk berasaskan soya.

Women’s Health [1]

Difahamkan kisah ini telah dikongsikan sendiri oleh salah seorang kenalan mangsa menerusi Facebook Imi Aruz [2]. Menurut Imi, wanita berbangsa Cina yang dikenali selama dua tahun itu amat obses untuk kelihatan kurus selain mempunyai rasa takut untuk mengambil karbohidrat dan juga makanan yang mengandungi gula.

Menurut Imi lagi, mangsa yang juga merupakan seorang arkitek sangat rajin untuk bersenam di pusat gimnasium berdekatan kerana berpendapat tubuhnya masih belum cukup kurus.

British Council Learn English [3]

“Setiap hari bermula jam 6.30 pagi hingga 9 pagi, dia akan mengayuh basikal dan berlari di atas mesin pengisar injakan (treadmill). Selepas Maghrib dia akan bersenam lagi satu jam. Senaman tak salah tapi dia tak cukup makan”.

Meskipun kerap kali dinasihati supaya mengamalkan diet pemakanan yang betul, wanita tersebut tetap berdegil dan enggan mendengar kata. Akibatnya, mangsa telah beberapa kali ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sehingga terpaksa diusung menaiki ambulans bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Imi Aruz [2]

Kali pertama mangsa ditemui pengsan adalah di pusat gimnasium pada 29 Disember tahun lalu. Panggilan kecemasan telah dibuat dan paramedik yang menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa mendapati paras gula dalam darah mangsa mencatatkan kadar yang sangat rendah iaitu 1.9 mmol / L. Kadar gula dalam darah yang normal adalah 7.8 mmol / L (140 mg / dL).

Dua minggu kemudian, mangsa kembali melakukan rutin hariannya dan sekali lagi didapati tidak sedarkan diri di rumahnya sehingga mengakibatkan kesan lebam pada wajah.

Mangsa kemudian telah memberikan Imi nombor telefon kakaknya sebagai panggilan kecemasan sekiranya sesuatu yang buruk terjadi kepadanya memandangkan mangsa tinggal sendirian.

“Jika awak tak nampak saya di gimnasium ini lebih dari tiga hari, tolong hubungi nombor ini,” pesanan terakhir mangsa sebelum ditemui meninggal dunia di dalam rumahnya sendiri  

Pada tanggal 26 Februari lalu, Imi menyedari bahawa wanita ini tidak hadir ke pusat gimnasium tersebut untuk bersenam seperti rutin kebiasaannya dan hal ini menimbulkan sedikit kesangsian.

Ahli keluarga mangsa segera dihubungi dan sejam kemudian, kedua ibu bapa mangsa tiba di rumah untuk memeriksa keadaan anaknya tetapi mendapati wanita ini tidak lagi bernafas. Tidak dapat dipastikan berapa lama wanita tersebut sudah meninggal dunia sebelum mayatnya ditemui.

Imi Aruz [2]

Justeru, anda disarankan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mendapatkan khidmat nasihat dari pakar sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.

Utamakan nyawa dan kesihatan anda dahulu dan jangan ambil kira rupa paras fizikal. Bukan semua orang yang kurus itu sihat…

loading...