Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dijalankan, banyak premis perniagaan dan juga penjaja jalanan yang terpaksa menghentikan operasi perniagaan masing-masing. Tempoh sebulan ni cukup mencabar rakyat Malaysia bukan sahaja dari segi kedudukan kewangan tetapi juga mental dan fizikal. Ramai yang merungut kebosanan berada di rumah, tak lupa juga ada yang mula mengidam untuk menikmati makanan yang biasa dijual di kedai seperti kuih-muih, nasi lemak, pisang goreng dan sebagainya.

Malah, ada juga yang mula mengasah bakat memasak dengan mencuba pelbagai resipi baru yang tular di internet bagi meluangkan masa lapang. Oleh itu, kami akan berkongsi kepada anda satu resepi enak dan lazat yang biasanya dibeli di kedai tetapi kali ini anda boleh menghasilkannya sendiri dengan cara yang lebih sihat dan kurang minyak!

Pari Malar Thoraisingam

Resipi Ayam Bakar Berempah hasil perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Pari Malar Thoraisingam ini bukan sahaja menggunakan bahan perapan yang mudah tetapi kaedah memasaknya juga adalah lebih sihat sesuai untuk anda yang ingin mengawal pemakanan.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong empat)
  • 1 labu bawang putih (dikisar)
  • 2cm halia (dikisar)
  • 1 biji bawang merah (dikisar)
  • 4 sudu besar gula merah
  • 1 kiub pati ayam (dihancurkan)
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • Garam
  • 3 sudu besar perahan jus limau
  • 2 sudu besar mentega (untuk disapu di atas ayam)

Cara-caranya:

  • Bersihkan ayam dan kelar isi ayam menggunakan pisau yang tajam
  • Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati bersama ketulan ayam
  • Perapkan ayam selama sekurang-kurangnya dua jam
  • Masukkan ke dalam ketuhar dan masak selama satu jam pada suhu 250ºC.
  • Semasa ayam masih panas, sapukan mentega di atas ayam bagi menghasilkan permukaan yang kilat 

Ayam Bakar Berempah kini siap untuk dihidang! Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular