Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sememangnya banyak memberi kita masa dan peluang lebih lama di rumah. Ia bermakna terdapat banyak aktiviti yang kita boleh lakukan bersama keluarga sebenarnya.

Seperti yang pernah dikatakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ramai rakyat Malaysia yang memanfaatkan waktu sebegini untuk cuba memasak pelbagai resipi yang dikongsikan di internet dan juga media sosial.

Kali ini, kami akan kongsikan resipi keropok lekor istimewa yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Resipi ini sebenarnya dikongsikan oleh Hartatty Ramli dan kemudian ianya diuar-uarkan oleh seorang pengguna Facebook, Aya Chalo.

Antara bahan yang diperlukan :

  • 1 kilogram ikan basung
  • 6 biji bawang merah
  • 12 ulas bawang putih
  • Lada sulah
  • 600 gram tepung kanji
  • ½ sudu teh serbuk penaik
  • Gula
  • Garam
  • Sedikit tepung gandum

Cara-caranya :

  1. Bersihkan ikan – buangkan bahagian kepala, ekor dan juga tulang tengah ikan. Namun tulang bahagian perut diambil

 

2. Masukkan isi ikan, garam, gula, lada sulah, bawang-bawang dan air ke dalam pengisar atau pemproses makanan dan kisarkan semuanya sehingga hancur

3. Setelah itu, masukkan tepung kanji dan serbuk penaik kemudian uli sehingga adunan boleh dibentuk dan tidak melekat pada tangan

4. Ambil doh sebesar segengam tangan dan letakkan tepung gandum sedikit sebelum ulinya secara memanjang

5. Panaskan air sehingga mendidih lalu masukkan adunan tersebut ke dalamnya. Biarkan sehingga ia timbul dan biarkan selama beberapa minit terlebih dahulu sebelum diangkat

6. Setelah itu, potongkan keropok lekor itu dan ianya boleh digorengkan. Siap!

Mudah juga membuat keropok lekor sendiri di rumah, bukan? Menurut pengguna ini, jika anda belum mahu menggorengnya, ianya boleh disimpan dan disejukkan dalam suhu bilik mahupun di dalam peti sejuk.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular