Sesekali ubah selera apa salahnya, bukan? Waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini adalah merupakan waktu yang sesuai untuk para ibu-ibu di luar sana mencuba sendiri beberapa resipi tular di laman sosial.
Mungkin ramai di antara kita kini sudah kekeringan idea untuk memasak apa buat keluarga tersayang di rumah. Selalu masak ayam, ikan, daging dan menu-menu yang sama pun jemu juga. Apa kata anda cuba resipi dumpling istimewa ini.
fatenizzati/Twitter
Resipi ini sebenarnya dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @fatenizzati dan sehingga kini perkongsian gadis berkenaan telah menerima sebanyak 9,000 kali retweet.
Antara bahan yang diperlukan :
- Isi udang
- Daun bawang
- Telur
- Serbuk perasa Maggi Cukup Rasa
- Garam
- Sedikit tepung jagung
- Kulit dumpling
- 1 mangkuk air
Cara-caranya :
- Isi udang yang telah dibasuh bersih perlu di bahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian 2/3 dicincang sehingga lumat. Manakala selebihnya dicincang kasar.
fatenizzati/Twitter
2. Kemudian, campurkan kesemua bahan termasuklah isi udang dan gaulkan hingga betul-betul sebati dan agak pekat.
Kacauuuu laju lajuu, sampai dia jadi thick tau ! Time ni laaa nak uji muscle lengan tu dah 2 minggu RMO tak rasa ka lengan tu dah macam buaian? Kk jkjkjk ? pic.twitter.com/55sDmbzp9U
— Faten #StayAtHome☝ (@fatenizzati_) April 6, 2020
3. Setelah itu, isi udang beserta bahan yang dicampurkan itu boleh dibalutkan dengan kulit dumpling. Menurut Faten, dia meletakkan inti sebanyak 2 sudu besar untuk setiap kulit sebelum membalutnya. Gunakan air untuk melekatkan kulit dumpling
fatenizzati/Twitter
4. Anda boleh memilih untuk menggoreng atau merebuskannya. Jika mahu merebus, panaskan satu periuk air. Setelah panas, masukkan dumpling ke dalamnya
5. Ketika dumpling mula terapung ke permukaan air, masukkan air sejuk untuk melambatkan proses masakan. Ini kerana, walaupun dumpling sudah terapung, namun bahagian intinya masih lagi belum masak sepenuhnya.
fatenizzati/Twitter
Untuk sosnya pula, anda memerlukan :
- Kicap cair
- Sedikit cuka
- Cili minyak (resepi di bawah)
- Hirisan daun bawang
- Sedikit garam dan gula
Caranya, anda hanya perlu mencampurkan kesemua bahan di atas. Mudah sahaja bukan?
Untuk cili minyak, anda perlukan :
- Minyak
- Empingan cili
- Rempah (bunga lawang, kulit kayu manis, biji ketumbar, buah pelaga)
- Serbuk lada putih
- Daun bay
- Bekas atau balang penyimpanan
Cara-caranya :
- Masukkan minyak di dalam periuk dan panaskan pada suhu sederhana. Pada masa yang sama di dalam kuali lain, panaskan rempah lebih kurang 2-3 minit sehingga naik bau dan keluar minyak
Part ni kena multi task sikit eh
1 – dalam satu periuk, masukkan minyak and panaskan api slow jaa
2 – dalam kuali lain, panaskan rempah rempah tu sekejap dalam 2-3 minit nak bagi dia naik bau and keluar minyak pic.twitter.com/UerWoIhYRr
— Faten #StayAtHome☝ (@fatenizzati_) April 6, 2020
2. Rempah tadi kemudian dimasukkan ke dalam periuk berisi rempah. Biarkan selama 2-3 minit. Sementara itu, empingan cili perlu dimasukkan ke dalam bekas yang kalis haba seperti bekas kaca
Astu, rempah rempah tu tadi masukkan dalam periuk (1) yg ada minyak tu. Biar dia infused dalam 2-3 minit camtu tapi jangan sampai hangit tauu kang pait plak chili oil awak ??
Sementara tu, chili flakes tadi masukkan dalam any bekas yg heatproof, prefer bekas kaca ✨ pic.twitter.com/3mtMv1NMAo
— Faten #StayAtHome☝ (@fatenizzati_) April 6, 2020
3. Kemudian, tapiskan minyak yang telah dipanaskan bersama rempah sebentar tadi ke dalam bekas empingan cili. Siap untuk dinikmati dan dihidangkan bersama dumpling!
Dah siappp ✨ boleh laaa taboq atas dumplings camniiiii uish kecoq aih.
Dumplings tu kalau dia dah sejuk, pi laa rebuih lagi sekali bagi lembut. Taraaaaa okay jom makannn ✨ pic.twitter.com/nbA3MKR0ki
— Faten #StayAtHome☝ (@fatenizzati_) April 6, 2020
@fatenizzati/Twitter
Sedapnya! Bolehlah anda mencuba resipi di atas dan mungkin para ibu di luar sana boleh minta bantuan suami ataupun anak-anak. Waktu beginilah wajar digunakan untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan menerusi aktiviti memasak!
Maybe you're interested :
- Transmisi manusia ke manusia disahkan dalam penularan wabak coronavirus di China
- Olah lagu Peluang Kedua menjadi lagu berunsur tradisional lengkap dengan tarian tradisional Melayu, buah tangan program latihan seni ini raih pujian ramai
- Berniat bantu pelajar yang kurang berkemampuan jalani kelas dalam talian, Ustaz Ebit Lew tawar gajet Samsung Galaxy Tab A secara percuma kepada pelajar yang benar-benar memerlukan