PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Ketua Pengarah, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihati orang ramai untuk membasuh tangan selepas menyentuh haiwan pelihataan kerana bimbang haiwan itu akan dijangkiti Virus Parti Komunis China (COVID-19).

“Untuk pecinta haiwan, haiwan peliharaan dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga. Jika kita tidak mampu menjauhkan diri daripada haiwan peliharaan maka adalah penting untuk menjaga kebersihan”.

“Adalah penting untuk menjaga kebersihan pada setiap masa termasuklah ketika mengendalikan haiwan peliharaan. Basuh tangan anda sebelum dan selepas mengendalikannya”, tulis beliau di laman Twitter miliknya.

Tambah beliau lagi, pihak KKM juga akan bekerjasama dengan Jabatan Veterinar (DVS) untuk masihat lanjut perkara ini. Semasa sesi sidang media sebelum itu, beliau berkata sekiranya haiwan terbabit dijangkiti Virus PKC (COVID-19) berupaya menjangkiti pemiliknya.

Beliau turut menjelaskan bahawa terdapat 7 jenis koronavirus yang boleh menjangkiti haiwan dan manusia, iaitu Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) dan terbaharu,  Virus PKC (COVID-19).

Gambar hiasan/Pixabay

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat tujuh jenis coronavirus yang boleh menjangkiti haiwan dan manusia antaranya, Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS), Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) dan yang terbaharu ialah Virus PKC (COVID-19).

Gambar Hiasan | Radovan Zierik

Ia susulan laporan media sebelum ini mengenai seekor harimau Malaya di Zoo Bronx, Amerika Syarikat yang disahkan positif Virus PKC (COVID-19) selepas mengalami batuk dan kurang selera makan, dipercayai dijangkiti daripada penjaga zoo tersebut.

Oleh yang demikian, harimau yang dinamakan Nadia itu berkemungkinan menjadi kes haiwan pertama yang jatuh sakit berikutan dijangkiti koronavirus daripada manusia.

Selain itu, beberapa anjing peliharaan di Hong Kong serta seekor kucing di Belgium telah dilaporkan dijangkiti dengan Virus PKC (COVID-19) daripada pemilik mereka namun haiwan berkenaan tidak mengalami sebarang gejala yang signifikan.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular