Seekor Harimau Malaya berusia empat tahun di Zoo Bronx, New York telah diuji dan disahkan positif jangkitan virus PKC (COVID-19).

Harimau Malaya bernama Nadia, dipercayai merupakan kes pertama yang diketahui melibatkan haiwan yang dijangkiti COVID-19 di Amerika Syarikat.

Zoo Bronx, di New York berkata keputusan ujian koronavirus itu disahkan oleh Makmal Perkhidmatan Veterinar Kebangsaan di Iowa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @2020guz on

Bronx Zoo/Instagram

Nadia, bersama dengan enam haiwan lain dipercayai telah dijangkiti oleh penjaga zoo yang asimptomatik (pesakit tanpa gejala yang membawa virus).

Nadia mula menunjukkan gejala, termasuk batuk kering pada lewat bulan lalu selepas terdedah kepada seorang pekerja zoo dijangkiti virus COVID-19 yang belum dikenal pasti.

“Ini adalah kes pertama yang mana kita tahu di dunia bahawa seorang manusia menjangkiti haiwan dan haiwan itu sakit,” kata Paul Calle, ketua veterinar di zoo itu.

Terdapat contoh terpencil daripada haiwan peliharaan yang diuji positif koronavirus di tempat lain di dunia, tetapi pakar menegaskan tiada bukti menunjukkan yang haiwan itu boleh sakit atau menyebarkan penyakit itu.

Paul Calle berkata beliau berhasrat berkongsi hasil penemuan baru itu dengan zoo dan institusi lain dalam meneliti transmisi atau penghantaran COVID-19.

“Kami menguji Nadia secara berhati-hati dan akan memastikan mana-mana pengetahuan yang didapati mengenai COVID-19 akan menyumbang kepada pemahaman dunia yang berterusan mengenai virus ini,” kata zoo itu dalam kenyataannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nashville Animal Advocacy (@nashville_animal_advocacy) on

Bronx Zoo/Instagram

Nadia dan saudaranya, Azul, bersama dua ekor harimau Amur dan tiga ekor singa Afrika yang menunjukkan gejala dijangkiti dijangka akan pulih sepenuhnya, kata zoo itu.

Pihak zoo berkata tidak diketahui bagaimana virus itu akan berkembang kepada haiwan seperti harimau dan singa kerana pelbagai spesies lain boleh bertindak balas dengan cara berbeza terhadap jangkitan baru, tetapi semua haiwan akan dipantau dengan teliti selepas ini.

Tiada haiwan lain selain kelompok itu yang menunjukkan tanda-tanda penyakit.

“Harimau dan singa kami dijangkiti oleh seseorang yang menjaga mereka, yang dijangkiti virus secara asimptomatik atau sebelum orang itu mengalami gejala,” kata zoo itu.

Semua harimau yang menunjukkan gejala ditempatkan di kawasan Tiger Mountain.

Kesemua empat zoo yang dikendalikan oleh Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar di New York, termasuk Zoo Bronx, telah ditutup kepada orang awam sejak 16 Mac. Langkah-langkah baru kini akan disediakan untuk melindungi haiwan dan penjaga mereka di semua kemudahan.

Pandemik ini diketahui didorong oleh penghantaran jangkitan manusia ke manusia, tetapi jangkitan positif Nadia menimbulkan persoalan baru mengenai penghantaran manusia ke haiwan.

Laporan terpencil mengenai haiwan peliharaan positif koronavirus, adalah kes dua ekor anjing di Hong Kong.

“Tiada bukti bahawa seseorang boleh dijangkiti COVID-19 di Amerika Syarikat oleh haiwan, termasuk anjing atau kucing peliharaan,” kata zoo itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bronx Zoo (@bronxzoo) on

Bronx Zoo/Instagram

Pertubuhan Dunia untuk Kesihatan Haiwan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpandangan tiada bukti bahawa anjing atau kucing boleh membawa jangkitan koronavirus COVID-19.

Pertubuhan Dunia untuk Kesihatan Haiwan mengatakan kajian sedang dijalankan untuk memahami isu ini dan menggesa sesiapa yang sakit untuk mengehadkan hubungan dengan haiwan peliharaan.

Pakar pemuliharaan hidupan liar telah memberi amaran bahawa virus COVID-19 mampu menimbulkan ancaman kepada beberapa hidupan liar spesies mawas dengan mengatakan langkah-langkah pelindungan diperlukan untuk mengurangkan risiko virus itu menjangkiti gorila, cimpanzi dan orang utan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular