Umum mengetahui bahawa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berlangsung, orang ramai diarahkan untuk mematuhi penjarakan sosial iaitu pada jarak sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain di tempat awam.

Ianya adalah perlu bagi memastikan rantaian jangkitan wabak COVID-19 dan penularannya dapat diputuskan. Namun sejauh manakah masyarakat kita mematuhi garis panduan tersebut ketika berada di tempat awam?

Oleh kerana itulah, anggota polis dan tentera dikerahkan untuk memantau dan mengawal pergerakan penduduk setempat bagi memastikan orang ramai mengikuti setiap arahan yang dibuat oleh pihak kerajaan.

Baru-baru ini, tular satu satu video yang menunjukkan seorang anggota polis menegur para pembeli di sebuah gerai menjual makanan ketika menjalankan rondaan.

Video tersebut telah dimuat naik oleh akaun Facebook, Polis Kedah, di mana anggota polis wanita tersebut memberi teguran dengan cara yang penuh lemah lembut dan berhemah kepada para pembeli di sana.

Polis Kedah/Facebook

Malah beliau juga sempat memberi salam kepada orang ramai terlebih dahulu. “Akak yang menjual nasi lemak minta tolong juga untuk tegur para pelanggan supaya menjaga jarak sosial. Terima kasih, kak. Assalamualaikum”, katanya.

Video yang berdurasi 34 saat tersebut telah menerima pelbagai reaksi dan komen daripada warga Facebook yang majoritinya sangat mengagumi pendekatan dan cara sopan yang digunakan oleh anggota berkenaan.

Polis Kedah/Facebook

Polis Kedah/Facebook

Polis Kedah/Facebook

Polis Kedah/Facebook

Bagi memudahkan tugasan mereka, apa kata kita sama-sama patuhi PKP dan jangan keluar rumah melainkan ingin mendapatkan keperluan sahaja. Kita jaga kita, ya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular