Berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan, maka kita dapat lihat akan trend peningkatan terhadap perkhidmatan penghantaran makanan secara dalam talian. Perhidmatan mereka ternyata amat penting pada ketika ini.

Memahami penat lelah golongan penghantar makanan, seorang wanita bernama Liyana Zamri memutuskan untuk melakukan ‘kejutan’ kepada penghantar makanan Grab Food yang menerima pesanannya.

Liyana difahamkan telah membuat pesanan makanan berupa dua set burger daging daripada myBurgerLab. Apa yang mengharukan, Liyana yang telah membuat pembayaran bertindak untuk memberikan pesanannya itu kepada penghantar makanan yang bertugas ketika itu.

Liyana Zamri/Facebook

Liyana Zamri/Facebook

“Hai penunggang Grab! Tak payah hantar pada alamat tersebut. Semalam hari lahir saya dan ia adalah ganjaran daripada saya kepada anda dan beberapa orang lagi yang sentiasa bekerja keras”.

“Berilah kepada penunggang Grab yang lain, okay? Hati-hati bawa motosikal. Stay safe!”, tulis wanita itu pada pesanan yang dibuatnya secara dalam talian.

Menurut gadis berusia 23 tahun terbabit, dia sama sekali tidak menyangka bahawa nota yang disertakan pada penghantar makanan itu akan mendapat perhatian. Tambah Liyana, dia hanya mahu melakukan sesuatu yang baik sebagai menghargai kerja keras penghantar makanan.

Tindakan murni Liyana turut mendapat perhatian daripada myBurgerLab. Berdasarkan satu kenyataan yang dimuat naik, pihak myBurgerLab turut terharu dengan apa yang dilakukan oleh gadis berkenaan.

myBurgerLab/Facebook

“Liyana Zamri. Anda adalah warga yang hebat. Selepas PKP tamat, kami akan belanja anda dan rakan-rakan yang lain burger. Happy Belated Birthday!”, tulis pihak myBurgerLab di laman sosial Facebook mereka.

Pihak Grab juga tidak terkecuali untuk mengucapkan selamat hari jadi buat Liyana

myBurgerLab/Facebook

Ia turut mendapat perhatian warga Facebook yang lain dan kebanyakan daripada mereka sangat mengagumi usaha Liyana selain sempat pula meninggalkan ucapan hari lahir buatnya..

myBurgerLab/Facebook

myBurgerLab/Facebook

 

myBurgerLab/Facebook

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga kerana terdapat ramai individu yang sangat pemurah dan baik hati dalam kalangan kita. Semoga tindakan Liyana ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk melakukan perkara yang sama hendaknya. 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular