Menjaga satu sama lain ketika sedang melalui tempoh yang sukar adalah petanda baik masyarakat prihatin terbaik. 

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksana, ramai keluarga yang terkesan kehilangan punca pendapatan dan terpaksa berjuang dengan baki pendapatan yang ada demi memastikan terdapat makanan untuk dihidangkan di atas meja mengisi perut seisi keluarga.

Sebuah kampung di Sabah memahami situasi ini dan mereka membuat keputusan memastikan tiada keluarga yang akan berasa sukar atau tercicir sehingga terpaksa mengikat perut semasa PKP.

Bersama pupukan semangat kejiranan sejati yang tinggi, sebuah kampung di Sabah mengambil inisiatif untuk membantu satu sama lain dengan menyediakan keperluan asas seperti sayur-sayuran dan ikan segar kepada setiap warga kampung yang memerlukan.

Halaman Facebook ‘Bosku Urang Kita Sabah’ telah memuat naik beberapa gambar yang memaparkan sebuah kampung dikenali Kampung Pogunon di Penampang, Sabah menggerakkan jiran yang berkemampuan menyediakan bahan makanan percuma untuk keperluan harian setiap warganya dan inisiatif itu telah menyentuh hati ramai netizen dengan lebih 6,800 perkongsian.

Gambar tersebut menunjukkan kalangan jiran meletakkan hasil tanaman mereka di dalam beberapa bungkusan plastik dan meninggalkan nota yang berkata ‘Percuma! Sila ambil satu sahaja…” untuk kegunaan sebuah keluarga.

Hasil pertanian masing-masing digantung di pagar rumah atau diletakkan di atas meja di hadapan rumah tuan empunya untuk mendapatkan akses mudah, dengan mengamalkan penjarakan sosial.

Strategi bijak yang dapat mengelakkan interaksi antara satu sama lain semasa PKP sedang dikuatkuasakan.

Idea bernas paling mudah namun bergerak sehingga telah menyentuh hati ramai pengguna Facebook. 

Ramai netizen yang memuji hasil usaha penduduk kampung yang sangat mulia dengan kemurahan hati mereka membantu satu sama lain ketika melalui waktu sukar.

Keupayaan komuniti Kampung Pogunon dalam menyalurkan bantuan antara satu sama lain walaupun ketika PKP benar-benar memberi inspirasi dan teladan.

Contoh terbaik menunjukkan bahawa kita masih mampu membantu masyarakat dan golongan yang memerlukan sungguhpun sedang mengamalkan penjarakan sosial.

Semangat kejiranan yang kuat dan utuh adalah sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat kerana hubungan ini mampu menguatkan kita mengharungi waktu sukar dan dapat mengurangkan beban antara satu sama lain, walaupun tanpa interaksi secara fizikal.

Kita mampu mengatasi ancaman pandemik COVID-19 dengan memainkan peranan masing-masing serta tidak mementingkan diri sendiri dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan kekal duduk di rumah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular