Memang bukan mudah untuk menentang COVID-19. Sehingga hari ini virus tersebut telah menjangkiti lebih daripada satu juta orang di seluruh dunia.

Amerika Syarikat dan Itali muncul sebagai negara paling banyak mencatatkan kematian angkara virus tersebut. Di Malaysia setiap hari Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan  pengumuman mengenai kes yang dicatatkan.

Sehingga kini, kes masih berada pada tiga angka setiap hari. Tidak hanya itu, pihak kementerian juga tidak berputus asa untuk mengenal pasti individu yang berkemungkinan untuk dijagkiti.

Baru-baru ini sebuah lagi berita mengenai individu yang dijangkiti telah dimuat naik ke Twitter oleh @TwtLipis.

Status tersebut dimuat naik untuk memberitahu orang ramai mengenai seorang lagi penghidap COVID-19 yang baru disahkan positif iaitu bonda Siah Bt Jusoh.

Oleh itu, kepada orang ramai yang pernah berhubung secara langsung dengan bonda Siah dinasihati untuk melakukan saringan kesihatan.

@TwtLipis/Twitter

Tidak hanya itu, pihak KKM juga telah datang ke rumah dan melakukan pemeriksaan lanjut. Bonda Siah sekeluarga juga telah diarahkan untuk melakukan kuarantin selama dua minggu sehingga 17 April 2020.

Status ini telah di ‘retweet‘ lebih daripada 9,000 kali untuk menghebahkan mengenai berita ini.

Netizen di Twitter juga melahirkan rasa simpati dan doa mereka buat bonda Siah. Ramai yang mendoakannya supaya segera sembuh dan selamat daripada virus ini.

@TwtLipis/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular