Kata orang, buatlah baik dengan sesiapa pun tanpa mengira perbezaan. Tidak kiralah dengan siapa sama ada dengan sesama manusia mahupun dengan haiwan. Tiada batas untuk melakukan kebaikan walaupun perbuatan baik kita mungkin tidak akan dibalas.

Mungkin itu yang dicontohi oleh seorang kanak-kanak perempuan apabila dia dikatakan telah bersahabat baik dengan seekor gagak. Sifat penyayangnya terhadap haiwan membuatkan dia tidak kisah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Kisah si kecil dari Seattle, Washington dengan gagaknya ini pasti akan buat kita tersenyum. Daripada kisah mereka pasti banyak pengajaran berguna yang boleh dicontohi.

Apa yang berlaku ialah kanak-kanak bernama Gabi Mann ini dikatakan telah memberi makan burung gagak selama bertahun lamanya sehingga mereka akhirnya menjadi kawan. Sejak itu Gabi mula menerima pelbagai ‘hadiah’ daripada kawan-kawan gagaknya.

Sebagai penghargaan Gabi menyimpan semua hadiah tersebut dengan label supaya dia boleh ingat maklumat penting tentang hadiah yang diberikan kepadanya. Antara hadiah yang diperolehi oleh si kecil manis ini ialah mentol, butang, lego, klip kertas dan subang.

Gabi juga percaya bahawa kesemua pemberian yang diberikan adalah lambang yang menunjukkan kawan-kawannya juga menyayanginya. Sebenarnya Gabi memberi makan kepada burung-burung itu tanpa sengaja ketika dia berusia empat tahun dan ketika itu dia mempunyai tabiat suka menjatuhnya makanannya. Tidak lama selepas itu, banyak gagak yang mula mendekatinya untuk menunggunya menjatuhkan makanan.

Semakin lama Gabi mula faham bahawa burung-burung itu sebenarnya lapar dan dia akhirnya memutuskan untuk memberikan makanan ketika dalam perjalanan ke tempat menunggu bas. Sejak itu burung-burung itu mula menunggunya di tempat menunggu bas.

Lama-kelamaan semua keluarga Gabi mula menyukai burung-burung itu dan sejak tahun 2013, Gabi dan ibunya mula memberikan makan kepada burung-burung itu setiap hari. Setiap hari mereka akan meletakkan kacang dan makanan anjing bersama dengan air bersih untuk diberikan kepada burung-burung itu. Jika mereka sibuk bekerja, burung-burung itu akan berkumpul di atas wayar telefon dan ‘menjerit’ memanggil mereka.

Apa yang menariknya bukan hanya Gabi yang menrima hadiah malah ibunya juga menerima hadiah istimewa daripada burung-burung itu. Apa yang diterima ialah penutup kanta kamera yang sebenarnya adalah miliknya yang pernah hilang di jalan suatu ketika dahulu.

Menurut National Audubon Society, sebuah badan NGO yang melindungi burung berkata bahawa:

“Gagak adalah spesies yang bijak, sosial dan suka bermain, dan mereka adalah salah satu dari beberapa spesies burung yang boleh mengingat wajah manusia. Dengan semua gabungan ini, mudah untuk melihat mengapa mereka boleh menjalinkan hubungan yang sangat interaktif dan sosial dengan keluarga ini. “

Maybe you're interested :

Share

Video Popular