Masih banyak haiwan yang menunggu untuk diadopsi. Setiap hari mereka seakan-akan menunggu untuk dibawa pulang daripada pusat penjagaan haiwan. Ada antara haiwan yang ditempatkan di situ mempunyai sejarah dan cerita yang menyanyat hati sehingga mereka berharap agar mereka boleh bahagia bersama pemilik baharu. Itu baru haiwan-haiwan yang berada di pusat penjagaan, belum termasuk yang ada di jalanan.

Tindakan seorang netizen yang mengambil seekor kucing jalanan telah membuka sebuah cerita menarik dalam hidupnya. Pada ketika itu, kucing yang diambil dalam keadaan yang sangat kurus dan tidak terurus dan pada waktu itu dia tidak tahu bahawa dia telah menemukan seekor kucing yang sangat berharga.

Bulu kucing tersebut sangat istimewa dengan corak pada tubuhnya yang mirip dengan harimau bintang. Pada mulanya netizen ini hanya menganggap kuicng ini adalah kucing biasa tetapi dia dapat merasakan perbezaan. Ekor kuicng ini juga tebal dan panjang dan terdapat dua jalur putih pada dahinya.

Dengan penjagaan yang baik kucing ini dapat membesar dengan sempurna. Badannya semakin berisi dan dia sangar ceria dan suka bermain. Kadang-kadang dia suka memanjat pokok, bermain air dan adakalanya suka berehat dan bersantai. Dia juga sangat manja dengan tuannya.

Tidak lama selepas itu, kucingnya melahirkan anak dan telah dibawa berjumpa vaterinar. Ketika itu barulah tuannya tahu bahawa kucing yang diadopsi itu bukan kucing domestik biasa. Rupa-rupanya ia adalah spesies kucing yang luar biasa yang lain daripada yang lain.

Kuicng tersebut merupakan spesies kucing Bengal atau Benggala. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kucing spesies ini adalah kucing yang sangat aktif dan sering menjadi tumpuan ramai kerana corak dan warna pada tubuhnya yang unik.

Selain itu, kucing ini sangat suka akan perhatian dan sangat suka bersosial dengan manusia jadi, jika mereka tidak mendapatkan perhatian mereka akan mula ‘mengamuk’ dan jangan terkejut jika melihat barangan di rumah banyak yang rosak angkara mereka.

Memandangkan kucing Bengal berasal daripada ‘kerturunan’ harimau bintang jadi spesies ini agak ganas dan liar berbanding kucing biasa. Namun begitu, personaliti dan tingkah laku mereka boleh dibentuk dengan latihan yang betul sepanjang tumbersaran mereka.

Spesies ini memang istimewa dan nampak ‘mahal’ tetapi mereka juga perlukan perhatian yang khusus. Kepada anda yang mahu memelihara kucing Bengal pastikan anda tahu apa yang perlu anda lakukan supaya mereka membesar dengan baik.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular